KDSI MASIH 'TERBAKAR' LAGI PAGI INI? (09.10.09)

Semalam, 08/10/2009, blogger ManjungMari melaporkan dari tempat kejadian, baca di Kapal TLDM Terbakar.. Dah Selamat di dipadamkan.. . Gua petang semalam dapatkan gamabaran dari luar, ternyata hanya kepulan asap kecil sahaja yg kelihatan. Lihat gambar dan video di bawah.



Namun pagi ini, gua nak lakukan task gua yang ter'pending' semalam, sekali lagi gua gagal dibenarkan masuk untuk melakukan survey onboard di jeti operasi. Tengah beratur untuk mendapatkan Pas F.O.C (Armada), dimaklumkan secara tiba2 oleh protela yang bertugas, memohon maaf kerana mendapat arahan semua awam tidak dibenarkan masuk. Ketika itu, gua lihat asap semakin tebal dan gua hubungi org 'dalam' difahamkan berlaku beberapa letupan yg dapat didengari dari kapal KDSI awal pagi ini. Kemungkinan berlaku lagi kebakaran di dalam kapal.

Nanti gua loadkan gambar dan video terkini situasi pagi ini, setgh jam yg lalu. Gua pun dah maklumkan pd brader MM utk ulas lanjut kejadian terbaru ini.

No comments: