TEAM PERAKEXPRESS @ MANJUNG 2

Sehari dua ni, OM banyak terima sms dari no yang tak dikenali meluahkan rasa terkilan OM tidak menjemput para bloggers Manjung bersama team PerakExpress (PE). Kesempatan ini OM mohon maaf kepada semua bloggers Manjung yang tidak dimaklumkan, ada yang OM sudah balas sms mereka.

Pada awalnya OM dan brader ManjungMari hanya untuk bertemu dan berbincang dengan brader MSK atas lanjutan dari pertemuan para bloggers Manjung bersama kepimpinan PAS Lumut anjuran Lajnah Penerangan PAS Lumut sebelum ini. Kami setuju menjadikan pertemuan ini antara 'kita-kita' sahaja dahulu untuk 'merisik' brader Mat Saman Kati (MSK) ke jemputan akan datang bersama semua bloggers Manjung di Manjung. Justeru, mana yang sempat aje kami panggil.

Tapi agak terbalik, orang yang kami mahu masuk 'meminang' pulak yang 'terpaksa' turun ke rumah bakal tunangnya. Di sini, terserlahlah kerja-kerja PE 'turun ke padang' tanpa imbuhan malah tidak bergaji seperti adun-adun yang kita pilih. Bukan seorang yang turun, 1 team turun, cuma 'Mami Rokiah' je brader MSK tak jemput dalam rombongan ini.

Bagi mereka yang mengirim 'sms' mahupun komen di 'shoutmix' OM, sekiranya 'team PE' pun boleh turun, kenapa tidak kita di manjung ambil peluang 'bersekolah' di Universiti Terbuka Perak (UTP), Kuala Kangsar, nak bergambar dengan brader MSK pun boleh. Tarikhnya 17 dan 18 hb Oktober 2009, borang pendaftaran akan susul sehari dua ini oleh PE dan pastikan yang berminat jenguk2la web PerakExpress, tempat terhad. Ia terbuka kepada semua bloggers PR, baca di Universiti Terbuka Perak (MSK).

Kalau tak boleh 'sekolah' sepenuhmasa, datang waktu sessi dialog rakyat bersama DS Nizar, YB Nga dan Tn Hj Ismail pada 17hb 9malam di UTP K.Kangsar. Insyaallah, di masa akan datang para bloggers Manjung akan bertemu team PE di Manjung selepas program 'mengsekolahkan' bloggers ini. OM dah umumkan, jangan plak nanti ada yang sms masih tidak puashati!

No comments: