Minyak Itu Pemberian Allah...

Penulis Tamu OM: Norman

PETRONAS PULA MCM NAK BERPOLITIK
 

Sambil menunggu bola sepak, sempat tgk berita. Terkejut saya apabila Petronas pula mengeluarkan kenyataan, kemampuan Petronas utk menyumbang kpd negara secara berterusan akn me
njadi membebankan jika bayaran royalti kpd negeri2 dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kpd 20 peratus.

Kwn saya ramai yg bekerja di Petronas. Namun ada yg saya setuju pendapat mereka mengenai Petronas dan ada yg saya tak bersetuju. Bagi saya minyak mcm juga seperti air atau dulu bijih timah. Sewajarnya air tidak dijual kpd rakyat dgn harga yg mahal kerana ia hasil semulajadi yg diberikan Allah.

Begitu juga dgn minyak. Bukannya Petronas lahirkan minyak tapi ia sudah ada cuma dicarigali oleh Petronas utk mendapatkannya. Ia bukan dicipta tetapi telah tercipta oleh yg Maha Esa. Biarlah Petronas mencari hasil keuntungan berganda syarikat milik rakyat ini di luar negara dgn pelaburan seperti paip saluran gas, loji2 penapis, loji2 petrokimia dan sebagainya.

Dgn rakyat Malaysia utk apa dpt keuntungan yg melampau. Cukup utk operasi dan untung sikit2 sudah la. Bukankah minyak itu milik rakyat. Kamu uruskan sahaja dan kami rakyat yg bayarkan gaji. Tak perlulah cekik darah kami. Malah Allah berikan bonus pula utk Petronas apabila gas juga boleh digunakan atau dlm erti kata lain 2 in 1 keuntungan Petronas.

Petronas mesti ingat hasil yg mereka perolehi itu dtg dari negeri mana. Jika keuntungan RM 100 juta, adakah salah utk kerajaan negeri tersebut memprolehi RM 20 juta...tak sampai separuh pun. Kita tahu yg di di atas itu kroni2 berlaka akhirnya terpaksalah akur utk menyokong kempen belanjawan 2013 kerajaan utk mengelakkan dipersalahkan.

Patutnya Petronas langsung tidak boleh bersuara demikian. Biar kerajaan negeri agih-agihkan kekayaan negeri masing2 utk rakyat mereka merasainya. Ini hasil dipungut tetapi mereka menjadi negeri yg termiskin. Contohnya Sabah.

Negara miskin bukan kerana duit Petronas 20% itu diagih-agihkan kpd rakyat tetapi kerana ketirisan atau kebocoran. Contohnya RM 5700 utk membeli seunit jek kereta kerajaan yg berharga RM50. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dgn harga RM30,000. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dgn harga RM143.

Lebih teruk apabila kerajaan membayar subsidi RM17 billion kpd Penjana Tenaga Bebas (IPP).Projek e-mel 1Malaysia yg menelan belanja RM50 juta. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion dan byk lagi yg berjumlah berbillion ringgit.

Cukuplah kalau nak bodohkan org. Saya marah sgt sb Pteronas ini ingat kita masih tidak bijak mcm tok nenek kita dulu agaknya. Kalau tak bagi kerajaan negeri habis dkt kerajaan pusat juga. Cukuplah KLCC itu lambang pembaziran dan Formula 1. Org kampung boleh masuk KLCC tapi tak mampu nak beli barangan di dlmnya sedangkan ia terbina hasil bumi yg Allah berikan kpd rakyat Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

ada betulnya statement ini dalam konteks royalty kepada kerajaan negeri yang ada minyak dan gas yang diurus di negeri masing2..tapi dari segi keputusan untuk 'berdikari' dari tangan2 kotor perompak yang secara tidak langsung mentadbirbadan PROFESIONAL PETRONAS ini mencacatkan dan memporak perandakan pengurusan di setiap pelantar ,loji dan terminal Petronas. Kakitangan bukan eksekutif pula yang terdedah kepada risiko penyakit industri dan letupan dibayar gaji yang sama dengan gaji guru baru lepasanSPM..dapat bonus pun 1Malaysia kecoh wlwupun bukan setiap tahun dapat berbanding jawatan awam yang setiap tahun 2-3 kali merasainya. Jika tidak dibetulkan hal ini dalam masa beberapa tahun akan datang,tidak mustahil PETRONAS akan jadi pejual minyak urut saja,amik contoh PETRON saja,siapa punya?kontraktor petronas siapa punya?. ayuh ubah ke arah yang lebih baik,TSDatk Hassan Marican ada lah yang terbaik setakat ini tetapi disingkirkan sebab tidak mahu melayan permintaan kroni pemimpin..PR save our PETRONAS.

My POST