Hentikan Tangisan Penyu Segari (3): Penyu Tergugat!

Gambaran atas ini aku cilok dari website Atigas, lokasi Atigas & Maegma Steel yang berkedudukan di kawasan sensitif alam sekitar tahap 1, tidak jauh dari kawasan pelancongan teluk senangin dan sepanjang pantai pendaratan penyu. Untuk lebih lanjut tentang lokasi ini rujuk posting bahagian 2, baca di SINI.

Kali ini kita melancong ke tapak yang diluluskan oleh kerajaan negeri utk Loji LNG Atigas & Kilang Besi Maegma Steel, kita tengok apa yang depa nak buat kat Hutan Simpan Tg Hantu ini....sekali lagi aku tegaskan sepertimana pendirian KUASA & SAM, kami tidak membantah projek kilang besi & loji ini tapi kami membantah kedudukan lokasi yang diluluskan kerajaan. Ia jelas melanggar rancangan fizikal negara dan tidak mematuhi kawasan sensitif alam sekitar tahap 1 yg secara jelas akan menggugat pendaratan penyu untuk bertelur

Loji LNG - Atigas Technology
 
 
Tangan-tangan yang membenarkan Projek langgar alam!
 
 
 
 
 
 

 Kilang Besi - Maegma Steel

Tangan-tangan ini juga merosakkan alam!

 Moga dengan paparan ini korang mudah faham dimana terletaknya lokasi projek-projek ini, rupa bentuk plan kilang & loji............ dan kenapa kami membantah lokasi ini didirikan industri berat!

Jelas....Manjung bakal menjadi Bandar Industri bukan lagi Bandar Pelancongan selepas kehadiran Vale di Teluk Rubiah dan kini Segari. Kali ini bukan sahaja alam laut & hutan terancam tapi haiwan yang dilindungi dgn akta antarabangsa pun tidak diendah oleh kerajaan yang zalim terhadap alam! membenarkan kapitalis bertapak di habitat khazanah negara.

Hijau...Bumi Kami Yang Hijau
Hijau....Bumi Ku Yang Menghijau
Biarkan Bumi DiHijau, Jangan DiCemari
Hijau.....Biarkan Bumi Ini Hijau

Hentikan..! (x5)
Hantar Kilang Ini Pergi Jauh, (Balik!) Pulang!
Biarkan Tanah Kami Menghijau...
Tanpa Sisa, Tiada Pencemaran

Ooo..Hijau...Biarkan Bumi Kami Hijau (x2)
Hentikan...! (x2)

Hijau...Biarkan Bumi Kami Hijau
Hijau...Biarkan Kami Menghijau
Lihat Semua Hijau
Angin Langit Menghijau
Padang-Padang Menghijau
Dan Manusianya Menghijau

Hentikan..! Kilang Ini Tolong Tutup!
Hentikan..! Hentikan..! Ooo..Hentikan.. ! (ulang)
Biar Kami HIJAU

No comments:

My POST