CSL: Bukan soal kau UMNO, kau PAS

Penulis Tamu OM: Norman

OPRAH BERANI MEMBAWA ISU DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM
 
Bismillahirahmanirahim.

Isu yg ingin dibicarakan bukan soal kau Umno, kau Pas, kau PKR atau kau org kerajaan dan kau org pembangkang. Saya menulis atas nama
Allah utk agamanya. Kita bukan hamba tulisan tetapi hamba yg telah menentukan tulisan. Bila kita mengikut yg telah menentukan tulisan, barulah tulisan kita menjadi tulisan.

Penulisan ini terbahagi kepada beberapa siri kerana tidak mahu pembaca merasa jemu. Nasihat guru penulisan saya, Datuk Jalil Ali artikel kita jgn terlalu panjang dan jgn guna ayat boombastik, nanti org jemu ingin membacanya.

Saya menegur kerana Allah,"Dan jgnlah kamu mencampur adukkan antara yg haq dgn yg bathil dan jgnlah kamu sembunyikan yg haq,sedang kamu mengetahui”( Al-baqarah).

Saya mesti lakukan utk Allah dan Rasul kerana di sana esok tiada Tun, Tan Sri atau Datuk Seri yg boleh bantu. Hanya Allah dan Rasul sahaja yg boleh berbuat demikian dan disebabkan kehidupan sana yg kekal maka dgn Izin Allah saya menulis.

Buat sahabat2 ku di dlm UMNO, bacalah dgn tenang walaupun kamu mungkin sgt membencinya. Waraskan fikiran dan hatimu utk membuka baju politik kamu seketika agar kamu mampu membuat pertimbangan yg sebenar-benarnya, agar kamu tidak dibutakan.

Seperti firman Allah,"....Kerana sebenarnya bukan mata yg buta, tetapi yg buta ialah hati dlm dada." Ikutilah org kerana kebenaran, jgn ikuti kebenaran kerana org, pelajarilah yg benar, agar engkau tau siapa yg benar.

Kadang2 bukannya benci sgt dgn UMNO ni tapi geram sgt sebab sikap suka memperbodoh-bodohkan oleh lain itu yg membuat kita jadi menyampah. Ibu saya, bapa mertua, abg ipar, ibu saudara, saudara dan rakan2 saya ramai yg berpartikan UMNO...bukan setakat ahli biasa tetapi org penting dlm parti.

Saya katakan kpd seorang rakan yg dtg dari Kuala Lumpur kerana mengikuti rombongan Menteri pusat, "Parti kamu ini telah menjadi begitu sombong sampaikan dgn Allah pun kamu mampu mempertikaikannya...gila !" Akibatnya parti2 komponen kamu sendiri yg kamu sendiri takut takutkan tentang Islam menghina Tuhanmu sendiri.

Jika mak bapa kita dihina, kita bukan main mengamuk tetapi mengapa utk Allah kamu berdiam diri. Di manakah Khairy Jamaluddin, perwira harapan bangsa? Tapi yg paling mengecewakan saya ialah Perdana Menteri yg saya kasihi.Saya mengharapkan PM saya seorang yg tegas dan berani seperti Tun Mahathir dulu. Ini tidak, ajak berdebat tak berani, dgn isteri pun tak berapa berani, nak tegur Chuai Soi Lek lagi la tak berani...??? Inilah akibatnya jika mempunyai ketua yg lemah.

BUKAN SEMUA CINA CETEK ILMU SEPERTI CHUA SOI LEK

Biarlah saya bicara mengenai isu terkini mengenai Chua Soi Lek. Jika org luar menghina Islam kita bukan main lagi marahkan mereka sampai berdemontrasi. Tapi bila Chua Soi Lek berbuat demikian, sekutu MCA iaitu Umno diam membisu. Bukan sekali tetapi sudah berkali-kali. Di mana kekuatan CSL sehingga tiada manaa pihak bangun menentangnya saya pun tidak tahu.

Cuma saya beranggapan Chua Soi Lek ini seperti sesetengah org Melayu yg kita panggil Melayu Kampung atau Melayu Ulu, CSL ini bolehlah saya anggap sebagai Cina Bukit. Org dari kampung yg tidak mahu menghormati agama org lain.

CSL patutnya pergi ke negeri China utk melihat atau mengenali lebih dkt sejarah lagenda negara China iaitu Laksamana Cheng Ho dan Pahlawan Nasional China, Wong Fei Hung. Kalau tanya CSL, mesti dia terkejut apabila membaca sejarah kedua tokoh terbilang itu adalah Ulama Islam yg terkenal. Mesti dia tak percaya nama Islam Cheng Ho adalah Haji Mahmud Shams adalah pelayar yg terhebat di dunia di eranya. Begitu juga Wong Fei Hung atau nama Islamnya Faisal Hussein Wong bukan sahaja hebat bermain senjata tetapi seorang ulama dan pakar perubatan.

CSL mesti ingat dia jika berkeinginan, dia boleh makan babi satu lori sekalipun kerana agamanya tidak melarang tetapi dia mesti menghormati dan tidak boleh memaksa org Islam berbuat demikian. Jika org Islam boleh menghormati CSL utk makan babi atau minum arak kenapa dia tidak boleh menghormati hak org Islam yg lain.

CSL bimbang pusat judi, rumah urut dan sebagainya tiada, saya merasakan pusat hiburan tetap akn dibenarkan kpd masyarakat bukan Islam sebagai tanda menghormati hak mereka. Tapi pusat judi, semua agama melarangnya kecualilah CSL memang suka buat benda yg tak patut dibuat. CSL mesti ingat berapa ramai yg kita tidak sedari yg membunuh diri atau diburu Along atau juga digelar bankrapsi gara-gara perjudian. Begitu juga berapa ramai yg menghabiskan duit kerana rumah2 urut yg wujud kebanyakan berselindung di sebalik lesen tersebut utk aktiviti maksiat.

Duhai sahabatku di dlm UMNO, apapun kalau CSL atau Karpal Singh menolak hudud saya boleh terima kerana mereka itu bukan Islam. Mereka tak kenal Islam mcm kita tak tahu sgt hukum hakam dlm agama Sikh dan Budhist. Tapi jika pemimpin2 UMNO yg menolak malahan mempersendakan syariat Allah itu yg kita sedih sgt? Antara pemimpin UMNO dgn CSL dan Karpal Singh yg menolak hudud, siapa yg lebih bahaya?

Tidak menjadi murtad kpd Chua Soi Lek atau Karpal Singh kerana menghina atau menolak hudud, tetapi bagaimana jika org Islam menolak hukum Allah tersebut? Bukankah kita dilihat lebih jahat apabila menghina agama sendiri dan sekaligus mempengaruhi kpd masyarakat bukan Islam utk menjadikan mereka Islam fobia.

OPRAH- KENALI ISLAM

Dlm rancangan The Oprah Winfrey Show di tonton berpuluh juta masyarakat dunia, Oprah telah membawa isu yg cukup berani mengenai diskriminasi terhadap umat Islam di AS. Seorang lelaki dari AS yg sgt benci terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Islam selama sebulan dan disuruh ‘menyamar’ ebagai seorang Islam, lengkap dgn janggut dan pakaian yg dipakai oleh org Arab.

Salah satu misinya adalah utk mengetahui kehidupan seorang Islam yg sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang Islam yg sering menerima diskriminasi oleh kebanyakan warga AS.

Dipendek cerita, dia dapat memahami dan mengalami sendiri bagaimana pahitnya menjadi seorang Islam yg dicurigai hanya kerana memiliki janggut dan memakai pakaian Islam yg sopan, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. 30 hari yg dihabiskannya bersama sebuah keluarga Islam benar2 menunjukkan sebaliknya dari apa yg dia jangkakan selama ini.

Dia merasakan bahawa keluarga itu sangat bahagia, walaupun byk yg tidak difahami, namun dia mengakui bahawa banyak masalah dpt diselesaikan dgn ajaran Islam. Di hadapan Oprah dan semua penonton di studio ketika itu, akhirnya dia mengakui bahawa prinsip hubungan di antara berlainan jantina dlm Islam seperti yg dialaminya benar2 dpt menyelesaikan banyak masalah yg terjadi dlm pergaulan sosial di AS yg serba bebas.

Wahai sahabat Umno ku...dengarlah...“Wahai jiwa2 yg tenang jgn sekali kali kamu mencuba menjadi Tuhan dgn mengadili dan menghakimi. Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya serta kekuatan utk menentukan kebenaran yg sejati. Bukankah kita memang tercipta laki2 dan wanita serta suku2 dan bangsa2 yg pastinya berbeza. Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati, bukan utk bercerai berai dan berperang mengangkat senjata!"

BERSAMBUNG

1 comment:

cili hijau said...

heil freund salam,

sifat perkauman ini ditanam kepada kita sejak bangku sekolah lagi, so susah nak dibuang kecuali silibus sekolah disusun semula

http://sambal3gp.tumblr.com/

My POST