AYUH ke MLM SENI & BUDAYA ISLAM


Gambar atas sumber : Blog Madah

MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM
Jemputan Khas : Azhan Juara Akedemi Nasyid TV9 2009
Anjuran : Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung
Tempat : Perkarangan Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung.
31.07.2010 Jam : 9.15 Malam.
Maklumat lanjut klik di sini.

Menghargai bantuan brader Basher Mobara dan kerjasama dari Sam UREKA, MSK UREKA dan Meor Cakap Rakyat Group, bagi merealisasikan misi bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam dengan cara menjual sambil menderma hasil karya & budaya kesenian rakyat dan juga penghargaan kpd jawatankuasa program ini yang memberi ruang utk bersama menjayakan majlis yang sederhana ini.

Produk yang bakal dijual dgn harga promosi sambil menderma disalurkan ke Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam, moga dapat sebarkan program ini kpd rakan taulan. Sokongan semua amat dihargai.

Album DARI RAKYAT UTK RAKYAT dapatkan ORIGINAL dari MEOR. Berhibur dgn luahan rakyat marhaen sambil Menderma. Harga Pasaran RM20.00, Harga Promosi Mlm itu RM15.00 (RM3 disumbangkan kpd Pusat Asuhan Tunas Islam, jumlah kos pembuatan RM10 dan penghantaran RM2)

BUKU dari bilik darjah sekolah UREKA , Harga mengikut Buku.

Dapatkan T-SHIRT UREKA dgn menderma, stok terhad, Harga Pasaran RM25 - RM20, Harga Promosi Malam itu max. RM20- min. RM15 atau tiada had maksima mengikut keikhlasan anda utk menderma yang mana hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke dalam Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam atas sumbangan dari semua yg terlibat dlm misi ini. Stok terhad, utk tempahan mengikut harga pasaran.

"Semua orang adalah guru dan alam raya adalah sekolah"

Stok terhad.

Sekolah Rakyat!

HARUSSANI ATAU HARAMSSANASINI?

Harussani terus berselindung ? dialah yang kena umumkan siapa pemimpin PAS yang jumpa dia?

12 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.
KENYATAAN MEDIA, 24 July 2010.

Berhubung dengan kenyataan Tan Sri Harussani dalan akhbar Sinar Harian edisi Jumaat, 23 July 2010 dengan judul "Siapa pemimpin PAS itu, biar saya sahaja yang tahu", saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Harussani nampaknya bertegas tidak akan mendedahkan identiti pemimpin PAS yang menemuinya yang didakwanya membincangkan penyatuan orang Melayu. Saya melihat dia terus menyembunyikan sesuatu yang telah diketahui umum termasuk diri saya sendiri dan itulah yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita”. Harussani dalam sembang-sembang dengan pelajar Malaysia dalam lawatan itu dengan jelas menyebut siapakah orang PAS yang bertemu dengannya.

2. Saya sangat hairan dengan Harussani yang menunjukkan sikapnya baiknya yang beria-ia dengan pendirian yang disifatkannya demi untuk menjaga hubungan baik dan amanah yang diberikan kepadanya sehingga bermati-matian menyembunyikan siapakah pemimpin itu sedangkan didedahkan kepada pelajar Malaysia semasa di Australia. Adakah amanah yang beliau maksudkan hanya di Malaysia dan diluar negara di boleh mengkhianati amanah itu. Hukum mana pula yang dia pakai ? Harus atau Haram ?

3. Selain itu bila ditanya mengenai kenyataan saya bahawa tujuan sebenar pertemuan dia dengan individu terbabit adalah membincangkan soal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu beliau mengatakan " kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin PAS yang Khalil maksudkan, Ramai orang berjumpa saya".

Dengan jelas sekali lagi Harussani melepaskan tanggung jawabnya dengan berdolak dalih. Saya cuma berhasrat untuk menegaskan sekali lagi bahawa tujuan pertemuan individu terbabit adalah untuk tujuan perniagaan dan tidak sama sekali untuk penyatuan Melayu. Bukan hasrat saya untuk mendedahkan nama terbabit.

Tambahan pula apa manfaatnya penyatuan assobiayah Melayu yang langsung tidak ada kaitan dengan saya sebagai seorang bukan Melayu.

4. Kerana itu kalau dia mendakwa hanya berkerja dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Islam, kenapakah dia beria-ia sangat untuk penyatuan Melayu, bukannya penyatuan Islam ?

5. Dengan itu saya mendesak Harussani untuk menunjukkan kematangannya dengan tidak berolak-dalih demi untuk mempertahankan pejuangan assobiyah UMNO yang sempit itu. Kenapakah saya pula diminta untuk memberitahu siapa yang jumpa dia sedangkan dia sudah umumkan di Australia dan dia yang lebih tahu dari saya.

KENYATAAN MEDIA, 24 JULY 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.
dicatat oleh drs. khalil idham lim di 3:55 pm

BRADER SUNNY: DULU, KINI & SELAMANYA

BRADER SUNNY THE MUFTI : THE GOOD, THE BAD & THE UGLY

DULU
DULU BRADER SUNNY DISANGKAL (Klik Utk Lanjut)

KINI

SELAMANYA
NOTA BUAT BRADER: Lu isi borang keahlian Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lu tubuh parti baru Parti Harus Sana & Sini berslogankan 1Hala 1Tujuan 1Harus. 40 ulama dah isi borang, lu bila lagi?!?!?!


RAIKAN KENAIKAN !!

Mari kita raikan bersama pemimpin kerajaan 'Barang Naik', TERIMA KASIH 1MALAYSIA kerana menurunkan subsidi!!

BeNak telah menaikkan nama negara, menaikkan taraf ekonomi, menaikkan semangat 1 malaya, menaikkan imej negara dan semua pencapaiannya telah dinaikkan prestasi yg diutamakan. Oleh itu, utk merasai dan menikmati kenaikan prestasi ini, kami hadiahkan dan kongsikan bersama rakyat yg didaHULUkan dengan kenaikan-kenaikan barang keperluan rakyat! Nikmatilah kenaikan ini bersama pemimpin yang naik tocang dan rakyat yang naik angin! Be eNd kan mereka!

Ilham nak gelek ni bila tgk blog Tunduki Hatimu ......layanzzzzz!
Kredit to : wgq7407

USTAZ IBRAHIM BEBAS!

Bebas: Zulkifli tidak sabar berada di pentas
Mohd Syamil Azhar
LENGGONG, 12 Julai: Kerinduannya kepada keluarga serta rakyat di kawasan Parlimen yang pernah ditandinginya selepas selamat pulang ke tanahair Jumaat lalu, membuatkan Ustaz Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria, 41, yang hampir sebulan ditahan di Mesir, tidak sabar untuk berada di atas pentas.

Lanjut di harakahdaily.

OM : Kami dikhabarkan pd hari ditahan di KLIA hanya soalsiasat!@#$%^&*()_+!?!?! dan dibebaskan. Alhamdullillah, Selamat Pulang ke Manjung! May Allah Bless U!

SUASANA PERLAWANAN AKHIR WC2010 LIVE @ MANJUNG

Oleh : Warga OM dan seluruh peminat Bolasepak Duniawi.....
Seri Manjung.

End of the game......

Layan arab version with a beautiful language.....layan lagu, coke la pulak.....@#$%^&*()!_+

Restoran Briyani antara restoran 'otai' di manjung yang masih kekal di tapak lamanya, sepanjang WC 2010 stadium di cawangan barunya berhadapan Al-Ikhsan menjadi tarikan buat warga Seri Manjung mahu juga dari Lekir kerana suasana panas antara penyokong dari seluruh dunia ....kekekeke

Untuk Tatapan umum......layanzzzzz...Subuh sebagai penutup! Spain 1 Netherland 0 , extra-time. Mulai pagi ni sotong naik harga....ahaks ahaks ahaks...karut tul! Gambar dan video di bawah ni memang 'pecah', jgn betulkan skrin anda....

Seawal jam 2359H dikhabarkan sudah penuh, tiket sold out!!

'Grand stand' penuh, tanpa bumbung pun penuh.

Kusyuk, pelbagai ragam dalam 1 misi

Collect duit "tiket"

Tutup Jalan Terus, Stadium dah bayar kat Majlis Perbandaran......!?!?!?!

video
Lokasi Stadium

video
Ball of the final match

video
Netherlands Shot!

video
Spain Shot!

video
Spain Shot Again and Again!

video
End of 1st Half

video
2nd Half : Spain & Netherlands Shot!

video
Spain lagiiii!!

video
Lagi lagi Spain!

video
Spain Gilaaa...aaa!

video
Full Time!!

video
Extra Time : Spain Free Kick

video
Spain Goallllllllllllll

video
CHAMPION!!

JUMPA LAGI DI 'BRIAYAZIL' 2014!
- briyani + brazil -

KINI USTAZ IBRAHIM DITAHAN LAGI

09.07.2010
Dari Blog CINA ISLAM.

Ustaz Ibrahim ditahan di KLIA

Saya baru menerima sms dari YDP Lenggong yang memaklumkan Ust. Ibrahim atau nama asalnya Muhammad Zulkifli bin Zakaria telah sampai di KLIA dan dia masih ditahan disana.

Sehingga ini saya masih tidak dapat mengesahkan siap[akah yang menahan dan status tahanan yang dimaksudkan dalam SMS yang asalnya dikirim oleh Ust. Ibrahim yang memaklumkan dia sudah sampai di KLIA dan dia ditahan.


Kelamrian saya melaporkan dia telah dibebaskan di Mesir dan sempat saya menerima makluman sms bahawa kapalterbang yang dinaikinya sempat transit di Kuwait.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan dan ketabahan kepada Ust. Ibrahim dalam menghadapi ujian getir ini.

VIDEO BAYANGAN ALTANTUYA KEMBALI LAGI

02.07.2010

TLDM Lumut, Jeti F.O.C : Secara kebetulan berada di sini, bagi menyambut ketibaan Kapal Selam ke2 TLDM yang lebih dikenali dgn nama panggilan manjanya KD ALTANTUYA 2.

Sempat gak ambil gambar dan video dengan cameraphone...itu je yg ada. Jadi quality video dan gambo, bleh la tgk, itu pun dah pilih...yg lain lagi pecah!!

video
KETIBAAN VVIP

video
KETIBAAN KD ALTANTUYA 2

video
HAMPIR KE JETI

video
LINTASAN TABIK HORMAT

video
TABIK HORMAT

video
PENCEMARAN .....no komen

JGN BETULKAN SCREEN ANDA, GAMBO MEMANG MCM NI.

KD ALTANTUYA 2 AKAN TIBA ESOK DI FOC TLDM LUMUT

01.07.2010
OMan

Pangkalan TLDM Lumut.
Persiapan ketibaan Kapal Selam ke2 KD ALTANTUYA 2 dijangka tiba esok di jeti FOC Lumut! Kelihatan persiapan secara meriah akan dihadiri Sultan dan VVIP yg berkenaan.
SELAMAT MAJU JAYA TLDM!

Diedit Wbmstr.