MERDEKA! 1 MINYAK- RAKYAT DIDAHULUKAN MINYAK DINAIKKAN

MERDEKA......!!!

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

MERDEKA?!?!


PERUTUSAN NIZAR

Perutusan Hari Kemerdekaan oleh YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Bin Jamaluddin

Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dalam perutusan kemerdekaannya kepada PerakExpress menekankan supaya rakyat Malaysia - secara amnya dan rakyat Perak secara kususnya - untuk cuba membebaskan diri masing-masing dari belenggu penjajahan minda yang disebarkan oleh barat melalui fahaman assabiyyah.

Katanya, “dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 ini, hendaklahkita bebaskan (diri kita) dari penjajahan yang ke dua. Pejajahan yang pertama ialah apabila negara kita dijajah oleh orang asing khususnya dari negara barat, tetapi hari ini masih lagi kita dalam suasana dijajah pemikiran oleh puak-puak barat melalui Umno/Barisan Nasional (UBN).”

Sila lihat video untuk perutusan penuh.


SUMBER : SYA-REFORMIS

TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.

DARI JELEBU

oleh : Hishamuddin Rais
Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanamanmereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi didalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHING. Sabah ,
Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada
9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG.
Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah
Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National
Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays
National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya,
Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta,
Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat
senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa
angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan
ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre
Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar
menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia
memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan
British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat
bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled
–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di
ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya lihat Jalur Gemilang tidak
ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif
Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini
wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak
pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak
mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan
China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu
dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka
akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong
takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara
klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai
takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays
National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan
kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.


Sumber Malaysia-Today

AKTIVITI DS NIZAR @ MANJUNG

OM tak dapat sertai ada urusan yang tak dapat dielakkan, jadi OM linkkan blog sumber2 aktiviti DS Nizar di Manjung, Jumaat, 28.09.2009

1. Diari Sehari ADUN Pasir Panjang - Catatan Pegawai Khasnya. - Blog Pusat Khidmat ADUN P.Panjang
2. Pergi Jahanam Lah UMNO..Aktiviti DS IR Nizar di Seri Manjung.. - Blog ManjungMari
3. Program Bersama YB DUN Pasir Panjang @ Ziarah dan memberi Sumbangan 28 Ogos 09 - Blog Hablumminannas
4. Dato Seri Hj Nizar di Pasar Ramadhan Manjung - 28 Ogos 09 - Blog Hablumminannas
5. Tazkirah Ramadhan oleh Yb Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar di Masjid Alang Iskandar, Kpg Dato Ser Kamaruddin, Seri Manjung, Perak. - Blog Hablumminannas
6. Lawatan Dato Seri Nizar Sempena Ramadhan di Manjung - PerakExpress

KUIL : KEPALA LEMBU PUNYA HAL

Khabarnya bantahan kuil ala umno di Arak kepala lembu bantah pindah kuil, gua petik coret di sini:

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Polis hanya memerhati -
Aik! Polis tengok jeee.....(OM)

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.

"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."

Khabarnya Sami Kuil marah di
Samy Vellu kecam arak kepala lembu, gua petik coret di sini:

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Khabarnya juga Ustaz Khairy menentangnya di Pemuda Umno,
BN kutuk perarakan kepala lembu, gua petik coret di sini :

"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy.

Khabarnya PM 1Malaysia menagis dan kesal di
PM kesal, arah IGP bertindak segera , gua petik coret di sini :

Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.

Khabarnya Polis Selangor jawab di
Ketua Polis S'gor gesa orang ramai bertenang, gua petik coret di sini :

"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

"Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya," katanya kepada Malaysiakini.

Gua kata ini memang budaya umno, pak polisi tolong tengok aje....baguih la.

ITU ARI 'CINA' KENA, LA 'HINDU' JADI MANGSA, HIDUP MELAYU LA KATAKAN...


SEKS : CHUA HARAP BERTEMPUR LAGI!

Selamat bertempur brader chua!!................-OM-

'Semoga dapat saya bertempur lagi' - CHUA

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.

Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.

Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.

Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu.

"Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.

"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung."

Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat.

"Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini.

"Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.

Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya.

"Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya.

"Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."

Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."

Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam.

Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya.


SUMBER MALAYSIAKINI

ADUN PANGKOR vs ADUN PASIR PANJANG & SITIAWAN

Gua baca di blog ADUN PANGKOR di sini. Isunya SYURGA & NERAKA. Gua baca gak blog ADUN SITIAWAN di sini, isunya Zambry is telling lies again - Zambry bercakap bohong Lagi.

Macamana nak masuk syurga kalau menipu. ADUN SITIAWAN nasihatkan 'BN-Be Truthful and honest' . ADUN PASIR PANJANG kata Sidang Dun Perak 2 September akan bahas titah tuanku dan pergantungan Zambry di sini.

Gua bertambah pening dgn Zambry Perampas Hak Rakyat. Kita tunggu sidang dun perak nanti.
BUBAR DUN PERAK!!!!!!!!!!!

SEKS : CHUA DIPECAT MCA

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira 9 malam ini, MCA memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

Kata Chua lagi, Majlis Presiden - yang masih bermesyuarat pada waktu ini - selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas bekas menteri kesihatan itu dipecat.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh yang paling ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau melakukan hubungan seks dengan seorang teman wanitanya.

Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Sumber Malaysiakini

KDN - KARTUN DALAM NEGERI

Gua layan labun kulupsakah, promosi Gedung Kartun kat sini, aleh-aleh dah kena serbu KDN kat sini. Gua panjangkan ayat KulupSakah utk KDN :- pegawai -pegawai lelaki yang membungkus sambil tersengih-sengih bila aku kata "majalah Mangga yang nampak tetek korang tak pernah rampas!"





Gua ucap tahniah para pelukis kartun negara yang berjuang atas dakwat korang! Teruskan! Jangan jadikan anda 'kambing yang tersenyum' di utusan melayuuuuuuuuuuuuu...................

Malaysiakini melaporkan di sini dan sini. Malaysia ku kartun betul.....

BERBOHONG DI BULAN POSA, BERGANDA NIKMATNYA!!

Tahniah PAS dan PR di Permatang Pasir. TAHNIAH! UBN TEWAS KALI KE 7.

Fakta :
Ahli UMNO di Permatang Pasir - 5000 lebih
Ahli PAS - 1000 lebih
Ahli PKR - 1000 lebih

Keputusan PRK:
PAS - 9618
UMNO - 5067
Majoriti - 4551

Hanya ahli UMNO shj yg mengundi UMNO. Orang macam gua yang tak berahli mana2 parti politik masih mempercayai dan menaruh harapan pada Pakatan Rakyat. Mula tu gusar juga, isu serangan peribadi dijadikan isu dan isu adun katak mencari rezeki yang lebih hebat di Kedah akan meng'swing'kan undi, namun orang seperti gua mahukan isu2 Pakatan Rakyat lebih terbuka walaupun ia tidak mem'forfular'kan. Ia adalah demokrasi yang org spt gua mahukan, berambuslah Adun yang takdak kredibiliti!

Jgn sembunyi2kan masalah mcm UBN, bila mendiang TBH 'terjun' tingkap barulah tergadai nyawa, dan 'tiada bukti babitkan SPRM.....mmmmm, rupanya TBH tetido di SPRM dan mengigau terjun tingkap, 1malaysia angguk kepala!! Bohong di bulan puasa, berganda nikmatnya kata UBN.

P.PASIR: SURAMNYA KERANA RAMADHAN- ZAMBRY

Petikan dari blog MB Haram 'J' :

PERMATANG PASIR OH PERMATANG PASIR : Sepanjang berada di Permatang Pasir ini keadaannya sedikit suram dengan kedatangan Ramadan dan hujan. - DATO' SERI DR ZAMBRY
Sian zambry...suram betul, Ramadan tak meriah bagi zambry. Ke takde sapa dah nak sambut zambry kat permatang pasiaq?! -OM

WEAR BLACK on MERDEKA DAY!

Wear BLACK on MERDEKA DAY!
By TakingBackMyCountry1 - Malaysia-Today.net

Malaysians mourn the death of democracy in our country. Wear BLACK on August 31st.

LAGI AMARAN YG TAK DIENDAH!!

Kedah dan Selangor dalam bahaya
Aug 24th, 2009 By: Mat Saman Kati, Team PerakExpress

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Mampuih pi la.


Tags: msk, RAJA PETRA

BOYCOTT ZAMBRY

Boycott Zambry
Media Statement by Ngeh Koo Ham in Ipoh on Thursday, 20th August 2009:

Perak State is in a stand still mode and the people suffer as a result. Call on the people to boycott Zambry and his exco for refusing to bow to the wishes of the people that the Perak State Legislative Assembly be dissolved and a fresh election called to resolve the present predicament.

More than 6 months have elapsed since the immoral and unprincipled grab of power in Perak by Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir and his Exco members. The people of Perak is suffering as no serious investor would want to have a look at Perak due to the uncertainties created by Dato’ Seri Zambry and his BN power grabbers. Recent announcements that some investors are interested to invest in Perak are only eyewash to mislead the people. None of the projects is moving and investors remain at the interested to invest stage.The position of the Menteri Besar is still in doubt waiting for the final arbiter, the Federal Court to make a decision. Entangled together with the question as to who the legitimate Menteri Besar is, is the uncertainty of the local councilors and the village heads appointed by BN to replace the councilors and village heads appointed or elected under the Pakatan Rakyat Government. We hardly see anything moves in Perak as a result. BN is solely responsible for this state of affairs.

During the 10 months’ reign of Perak by Pakatan Rakyat under the able leadership of Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin, people see positive changes sweeping through Perak which benefited them. During the short 10 months, scores of positive changes were made which benefited the people.

The people must end this present predicament and the way forward is to dissolve the State Legislative Assembly and allow a fresh election to be held. 90% of those surveyed (which includes both BN and PR supporters) wanted the State Legislative Assembly dissolved. We cannot allow Dato’ Seri Zambry Bin Abd Kadir to go against the wishes of the people. I call on the people to boycott Zambry and his exco members. All organizations and associations must stop inviting them to their functions to send a clear and strong message that we will not accept Zambry’s refusal to dissolve the State Legislative Assembly. Zambry from UMNO with his racist’s mind has said that I have called on the Chinese Associations not to invite him to their functions which is a lie. He tries again to play the racial card which is in vogue with UMNO leaders. My call is to all organizations and associations and to people of all races and religions to boycott him and his Exco members. The desire to see the Perak State Legislative Assembly dissolved to pave the way for a fresh election comes from people of all races and religions as the people is demanding back their democratic rights to chose their leaders to lead the state of Perak.
________________________________________
* Ngeh Koo Ham, Perak DAP Chairman & MP for Beruas; Senior Exco Pakatan Rakyat Perak State Government


SUMBER : SERVANTHOOD

KALAU 2-2 MERAJUK, ROHAIZAT KAHWIN TIGA...

Hai susahnya dalam hati, kalau beristeri dua.........seperti dunia Rohaizat yang punya,
mesti pandai 'temberang', mesti pandai mem'bohong'........tetapi jangan hai pecah tembelang..
..............................KLU 2-2 MERAJUK, ROHAIZAT KAHWIN TIGA. Teman copypaste dr PerakEkspress & NoraReformis...., layan gak.-OM-
Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat
Aug 22nd, 2009 By webmaster Category: Mat Saman Kati, utama

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu.

Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.

En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat. Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin.

Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat. Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.

Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka.

Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat. Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.

Rohaizat hanya berjumpa Hafizah apabila perlu kerana terpaksa merahsiakan hal ini dari isteri pertamanya. Hasilnya, Hafizah mengandung.

Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan.

Hafizah terpaksa menanggung segala penderitaan bersaorangan, manakala Rohaizat lepas tangan. Dan sekarang mahu menjadi Yang Berhormat!

Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut.

Walaubagaimanapun, Rohaizat tanpa rasa malu, telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya. Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Inikah sikap seorang bakal pemimpin dari Umno?

Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada Zahid Hamidi. Dalam the Edge, Zahid dipetik sebagai berkata,

“Even though he was struck off by the Bar Council, he has good qualities and values especially where family is concerned. We do not question the opposition on their candidate, and we can also do that. (Zahid Hamidi.) http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/press_release_clarification_regarding_rohaizat_othman.html
Sekarang bagaimana Zahid? Apakah ini kualiti dan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba dipupuk, meninggalkan isteri tanpa nafkah dan penjagaan, menjadikan isteri sebagai perempuan simpanan, dan berkahwin, hanya untuk menghalalkan seks? Apakah ini nilai-nilai kepimpinan yang hendak ditonjolkan oleh Umno?

Dan kepada Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno, apakah ini pemimpin yang hendak diketengahkan? Apakah kemenangan pilihanraya kecil itu lebih penting dari menjaga maruah seorang wanita? Apakah prinsip dan maruah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membela wanita itu perlu diketepikan, hanya untuk menang pilihanraya? Dan lebih teruk, apabila seorang yang terbabit dalam penganiayaan terhadap wanita, tiba-tiba disanjung dan dijulang oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Dalam NST, Shahrizat dipetik sebagai berkata, ““One thing that Malaysians must realise is that when it comes to electing a wakil rakyat (assemblyman) it is serious business.”

This is damn serious, Madame! I saw you talking to Nik Aziz on nomination day, asking for clarification on what Nik Aziz said about Umno. And I hope you realize, that what Nik Aziz said about Umno is true! And I hope you’ll tell people of Permatang Pasir, if this can happen to Hafizah, it can happen to their daughters as well.

Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.

Dalam Malaysiakini juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.

Fikir kembali, Rohaizat.

“Earlier, at Giatmara in Permatang Pasir, Rohaizat apologised to voters for his previous mistakes.” (NST)

Rohaizat perlu meminta maaf kepada Hafizah, bukan kepada pengundi Permatang Pasir. Pengundi Permatang Pasir tidak berhak untuk memaafkan kesalahan Rohaizat kepada Hafizah dan keluarga beliau.

“But thankfully, I have corrected my wrongdoings.” (NST)

Bullshit!! Kami berharap, Rohaizat dapat berjumpa kembali keluarga Hafizah dan meminta maaf, jangan sampai mereka datang ke Permatang Pasir menuntut maaf.

Cukuplah aib dan sengsara yang diperlakukan terhadap keluarga Hafizah. Perakexpress tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.

Dan sekiranya Rohaizat masih angkuh dan enggan mengakui apa yang telah dilakukannya, jangan terkejut sekiranya keluarga Hafizah sendiri akan tampil dipentas ceramah seperti yang dilakukan oleh Imam Ramlang Porigi dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.

Anda masih mempunyai masa untuk bertaubat dan insaf, dan Ramadan Al Mubarak adalah masa yang paling sesuai untuk kita sedar dan melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Lakukan perkara yang terhormat, sebelum berangan-angan menjadi Yang Berhormat.

oleh : MSK

Klip Nora terima -sumber nnrora75reform.

Sebenarnya informasi-informasi seperti ini kerap Nora terima. Kali ini Nora terima voice clip yang Nora rasa perlu Nora keluarkan. Kita sama dengar dan kita nilai. Klip ini sebenarnya menafikan kenyataan Rohaizat Othman dalam Malaysiakini.com yang mengatakan bahawa beliau hanya mempunyai seorang isteri. Dengar ya...anyway Nora rasa perlu seorang yang mahu dilantik menjadi pemimpin bertindak jujur dan telus.

Klip ini mengesahkan bahawa Rohaizat telah bernikah dan ini tidak selari dengan kenyataan beliau dalam malaysiakini.com. Klip di dakwa adalah pengakuan bapa kepada wanita yang dinikahi bernama Rafizah Artikel bertajuk Rohaizat nafi ada isteri kedua

Dengar dan nilaikan sendiri


Nora juga ada beberapa klip lain mengenai Rohaizat calon Permatang Pasir - nanti Nora upload - kan. Nora kat Permatang Pasir la...ini

by norazimah mohamad

P.PASIR: PAK SAMAD BERKATA!!

A.Samad Said: Jangan pilih pemimpin 'bertelinga satu, berlidah dua'

Sasterawan Negara , Dato A.Samad Said menyeru pengundi Permatang Pasir agar menggunakan kuasa mereka untuk menolak 'pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua'.

Dalam ucapannya pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini, Permatang Pasir beliau mengingatkan pengundi agar tidak sesekali menjadikan individu yang bertanggungjawab menguncupkan bahasa ibunda sebagai wakil rakyat.

"Kalau ada calon (dalam pilihan raya ini) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka.

"Mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, jadi kita kena ajar mereka dengan tidak mengundi mereka," ujarnya kepada pemberita.

Beliau melahirkan rasa marah dengan pemimpin yang 'bertelinga satu, berlidah dua', ketika merujuk kepada bantahan kerasnya bersama para tokoh bahasa, penulis dan intelektual serta pelbagai NGO terhadap langkah kerajaan meneruskan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti yang dijalankan sekarang ini.

Sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha penguncupan bahasa Melayu, A.Samad Said dalam nada kerasnya sekali lagi mengulangi istilah pemimpin kerajaan Umno-BN sebagai 'pemimpin bertelinga satu, berlidah dua'.

Ketika ditanya pemberita mengenai tujuan kehadiran pada pilihan raya kecil ini, beliau menyatakan ianya merupakan suatu bentuk sokongan moral serta sumbangan ke arah mempertahankan bahasa ibunda.

Beliau dijangka menyertai ceramah di beberapa tempat iaitu Permatang Ara dan Permatang Tengah.

Unuk mengetahui jadual ceramah pada malam ini, sila ke laman rasmi pilihan raya kecil N.11 Permatang Pasir.

Sumber :
Thinking Of Life

AKSI PANAS ANAK DS NIZAR & DS FATIMAH

Si kecil di atas pangkuan ayahnya sebelum mengikuti program seterusnya.


Smile! U're in candid.


Apa yang difikirkan si kecil ini?


Si kecil ni pun nak snap gambar OM


Turut serta dalam pertandingan sukan merdeka rakyat, dan mendapat hadiah disampaikan oleh ayahnya sendiri.


Si kecil ini sudah lali berada di tikar padang beratapkan langit mengikuti program ayahnya.


Udah tumbang si kecil di pangkuan bondanya ketika ayahnya sedang berceramah di pentas.

1st Admiral Tn Hj Imran mengusapnya dipangkuan ayahnya.


Pulang dalam ke'tidur'an bersama ayah dan bonda.

AKSI INI MENJADI PILIHAN TARIK! TARIK! TARIK! , laungan si kecil seperti semangat ayahnya.

DS NIZAR: HAYUNAN BERSAMA DATIN SERI

1...2...3...hayun

MERDEKA : HIDUP AMAN DAMAI DI LAUTAN


HIDUP AMAN DAMAI DI LAUTAN... Seorang ibu menyediakan makanan untuk dua orang anaknya di atas perahu "kampit" dekat perkampungan Pulau Omadal, Semporna, Sabah. Jika dahulu, ancaman lanun begitu berleluasa sehingga nelayan dan penduduk di sepanjang perairan pantai timur Sabah, takut untuk keluar, kini mereka sudah "merdeka". - BERNAMA


Merdekakah mereka?!?!, mereka ni patut diberi 'geran laut', dah lebih 50 tahun duduk kat laut. -OM

P.PASIR: BAGI PELUANG @ BAGI WANG?!?!

Dua hari lepas, brader rohaizat mohon pada pengundi, "BAGI PELUANG KAT DIA", bila dah kecoh dia ni tak layak jadi pemimpin, maka,"BAGI WANG KAT DEPA"......apa pun ubn ni dah lali dengan songlap wang mahupun rasuah bagi wang. Mai...mai..mai, sape mau masuk syurga ambil ini wang dulu, buat beli tiket masuk syurga. Duit pun palsu? hehe-OM-


MAKLUMAT LANJUT : Perisik Rakyat

Wang palsu RM100 untuk undi BN
Ogos 20, 09 6:39pm
Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi."Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".
"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ. "Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.BERNAMA

P.PASIR: HANTU BAKAL JELMA DI BULAN PUASA

ELOKLAH 'HANTU?!' PUN DAH SOKONG PAS, AHLI UMNO BILA PULAK?
khairy...khairy...khairy..takut hantu ke?!

BLOG AKAN DISEKAT!?!?!

Blog hasutan, senda agama akan disekat
Ogos 19, 09 7:23pm
Kerajaan bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

"Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," kata Hishammuddin lagi.

Beliau menegaskan sedemikian selepas satu mesyuarat khas antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ketiga-tiga pihak ini diberikan tanggungjawab oleh kabinet untuk menyelaraskan beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

Mesyuarat yang pengerusikan Hishamuddin petang ini diadakan bersama Menteri di JPM Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Isu-isu yang dibincangkan antaranya usaha penyelarasan tindakan dan kerjasama antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara (JPN) bagi memudahkan tindakan bawah Akta Hasutan.

"Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah," kata Hishammuddin.

Mesyuarat juga mendengar taklimat daripada polis mengenai isu-isu keselamatan semasa negara khususnya berkaitan dengan penyalahgunaan media alternatif serta taklimat oleh pihak penasihat undang-undang KDN mengenai perkembangan terkini berkaitan isu cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


SUMBER : MALAYSIAKINI

DS NIZAR: MAKAN MALAM DAP LUMUT

15.08.2009, DS Nizar dijemput ke majlis Makan Malam anjuran DAP cawangan Lumut dan memberi ucapan semangat kepada ahli2 DAP dan penyokong Pakatan Rakyat di Manjung. Turut berceramah adalah YB Nga Kor Ming, Dato' Ngeh dan pimpinan DAP.

Majlis makan malam ini dibiayai oleh para hadirin melalui tempahan meja, tak kurang dari 80 meja. Setiap meja 10 orang means hampir 80o kehadiran hingga penganjur terpaksa memasang khemah di luar dewan bagi menampung kehadiran. Setibanya DS Nizar, para hadirin bangun bersorak kepada hero rakyat.


Hadirin mendengar dgn penuh semangat sambil bersorak!

DS Nizar disambut oleh YB Nga Kor Ming dan Mr. Wong

Pembeli buku edaran DAP mendapatkan tandatangan DS Nizar


Kata-kata semangat DS Nizar kepada pembaca




DS NIZAR: CERAMAH @ MARKAS PAS LEKIR, MANJUNG

Selepas sehari suntuk dengan program DS Nizar di Manjung, malamnya selepas tazkirah di Surau manjung, DS Nizar bersama YB Zainuddin berceramah di Markas Pas Bt. 9, Lekir.

Dalam ceramah ini, DS Nizar menegaskan sekali lagi, DUN Perak pasti Bubar selewat2nya bulan September ini.



Sekitar Ceramah

DS NIZAR: TAZKIRAH SURAU FASA 2D, MANJUNG

Tazkirah disampaikan oleh DS Nizar di fasa 2D, Seri Manjung. 14,08.2009.


DS NIZAR: KUBU ZAMBRY @ TELUK MURUH, MANJUNG

DS Nizar & Datin Seri Fatimah melawat Pasar Malam di DUN Zambry, 14.08.2009 . Turut mengiringi adalah Timbalan PKR Lumut, En. MP Shanmugam, beberapa wakil parti PR dari Lumut dan tempatan termasuk Pegawai DUN P.Panjang, En. Hamidun yang sentiasa melakar program DS di dun Pasir Panjang.

MAT NAVY & LASKARNITA TURUT BERSALAMAN DGN DS & DATIN SERI
Kalau macam ni, OM setuju dgn Brader Manjung Mari agar DS selalu buat lawatan sebegini, silap hari bulan Zambry boleh tumpo di tempat dia sendiri PRU akan datang.






Sumber Video : Manjung Center

DS NIZAR: SUKAN MERDEKA @ BT14, LEKIR, MANJUNG

DS NIZAR merasmikan Sukan Merdeka Rakyat di Bt. 14 , Lekir. 14.08.2009

KETIBAAN DS NIZAR DAN DS FATIMA



AKSI PERTANDINGAN


AKSI 'TEPUNG'


AKSI TARIK TALI

PENYAMPAIAN HADIAH KPD PEMENANG

AKSI BLOGGERS YG TURUT SAMA MEMERIAHKAN SUASANA

Hj Fawi, blogger Hablumminnanas tgh ngajor anak tangkap gambo, hasilnya gambo botol je penuh. hehe



DS NIZAR : SANTAPAN TGHARI @ LEKIR, MANJUNG

Sekitar Jamuan Mkn tghari selepas tazkirah di Lekir, 14.08.2009.
TERIMA KASIH TUAN RUMAH, TN HUSSIEN MENJAMU MKN TGHARI ROMBONGAN DS NIZAR DI RUMAHNYA.

DS NIZAR : BEKAS 'MAT REMPIT' @ LEKIR, MANJUNG

BRADER SOPI HANTAR ANAK KE PUSAT TUISYEN DI MANJUNG
Gua kenal Brader Sopi dari zaman remaja + lumba haram di manjung, dia antara pelumba dan pomen modify yang ada nama ketika itu. Sebenarnya dalam 'Rais TM', dulu2 RTM selalu keluar dalam acara menari atas kerusi roda. Gua kenal brader ni, kaki memang sebelah dah takde. Start motor pakai tangan, takde 'button suis', tak silap gua brader ni dulu pakai kawasaki kips. Skang ni gua perasan dia pakai motor suzuki pun takde suis. Kereta pulak manual yang dah setting 'timming', masih memandu macam orang normal. Tapi gua respect kat brader berdikari mencari rezeki dan membesarkan keluarganya. -Otai Lekir-


MENDAPAT PERHATIAN DS NIZAR DI MASJID BT10 LEKIR, bertanya khabar?


KATA-KATA SEMANGAT DS NIZAR KEPADA BRADER SOPI.

DS NIZAR: TAZKIRAH JUMAAT @ LEKIR

GAMBAR SEKITAR TAZKIRAH DI MASJID BT. 10 LEKIR, 14.08.2099

ALTANTUYA : SHE's ON THE WAY TO LUMUT!!

Hope brader Manjung Mari boleh snap secara live @ manjung bila 'selaman altantuya' ini sampai di Pangkalan TLDM Lumut.

INSIDE SCORPENE
Wednesday, August 19, 2009
Pelayaran Pulang KD Tunku Abdul Rahman
KD Tunku Abdul Rahman singgah di Cochin

COCHIN: Kapal selam pertama negara yang dalam pelayaran sulungnya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar Sabah, singgah di pelabuhan pangkalan tentera India semalam.

Kapal selam jenis Scorpene yang diberi nama KD Tunku Abdul Rahman itu memulakan pelayaran 9 Julai lalu dan singgah di Jeddah serta Djibouit sebelum memasuki perairan Cochin di Kerala.

Pada 2002 kerajaan Malaysia membeli dua kapal selam yang dibina bersama oleh syarikat Perancis DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam Sepanyol, Navantia, di Cherbourg, Perancis.

Pada Januari lalu, kapal selam itu diserah secara rasmi kepada TLDM di pangkalan tentera laut di Toulon, Perancis.

"KD Tuanku Abdul Rahman singgah di pangkalan kami semalam kerana mereka melalui perairan ini. Tiada operasi kerjasama dirancang. Kapal peninjau tentera laut India menyambut kapal selam itu.

"Untuk program itu hanya perlawanan bolasepak di atur dengan kadet tentera laut India. Pegawai tentera laut India akan menyambut ketibaan krew kapal," kata pegawai tinggi dari Pemerintah Selatan Tentera Laut India kepada Bernama.

Selepas tiga hari di Cochin, kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot itu akan meneruskan pelayaran ke pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah, Klang dan ke pangkalan TLDM Lumut sebelum berlabuh di destinasi terakhir di Sepanggar pada September.

Ia dikendalikan Komander Zulhelmy Ithnain dari TLDM bersama 35 krew.

Kapal ini yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, adalah kapal selam jenis tempur konvensional dan mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. - Bernama

sebelum itu...

Kapal selam pertama tiba 17 September

TELUK SEPANGGAR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, dijadualkan tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut II di sini, pada 17 September ini.

Ia disusuli sebuah lagi kapal selam, KD Tun Abdul Razak, yang dijangka tiba di pangkalan sama pada Mac atau April tahun depan.

Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, berkata pangkalan kapal selam itu siap sepenuhnya dan sudah diserahkan Kementerian Kerjaraya kepada Kementerian Pertahanan baru-baru ini bagi membolehkan operasi kapal berkenaan.

"KD Tunku Abdul Rahman akan ditempatkan di kawasan strategik yang dirahsiakan dan berfungsi mengawal keselamatan perairan di seluruh negara," katanya pada sidang media di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar di sini, semalam.

Terdahulu, Mohammed Noordin menyaksikan majlis penyerahan tugas Panglima Wilayah Laut II TLDM daripada Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman kepada penggantinya, Laksamana Pertama Anuwi Hassan.

Syed Zahiruddin Putra akan mengikuti kursus di Jakarta selama 15 bulan.

KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dijana menggunakan tenaga diesel-elektrik, dikendalikan sepenuhnya pegawai dan anggota TLDM di perairan Perancis.

Malaysia adalah negara ketiga memiliki kapal selam di rantau Asia Tenggara, selepas Indonesia dan Singapura.

Dalam pada itu, Mohammed Noordin berkata, kapal selam berkenaan mampu memelihara kedaulatan perairan negara daripada sebarang ancaman musuh.

CyberCoxswain: Kepada mereka yang tertunggu-tunggu berita baik ini... tak lama dah nak sampai... sabar sikit je lagi.

Dicatat oleh Cyber Coxswain
Sumber :
Navy/TLDM/PSSTLDM

#ALTANTUYA DALAM KENANGAN

TGNA SANGGAH BRADER SUNNY@UTUSANMELAYU

Brader Sunny,

Salam 1Malaysia dan salam perpaduan buat brader, tiada salam yang seindah ini buat brader. Smlm lu kecoh 1Malaysia dgn hujah tiada nas undi PAS masuk syurga. Muhyiddin plak minta Majlis Fatwa ulas tuduhan Nik Aziz macam Zambry gak.....nak komen tak tahu apa?! Sekali lagi, brader sunny terperangkap dalam mainan politik melayu united. Lu ulas melalui bacaan utusan meloya, itu lah lu, percaya sangat kat utusan melayu, itu suara melayu yang terus layu. Lu kena kencing dengan akhbar pujaan lu, akhbar orang melayu tipu melayu agar terus layu.

Brader Sunny, gua syorkan lu masuk politik, baru lu lebih kenal dalam politik 1Malaysia. Ini lu main cakap je tak kaji politik dalam-dalam. Itu jam lu kena baca blog gua la, dan lu jawab la. Lu nak ngaku lu UMNO, lu takut raja gua pancung lu! Tapi jelaslah lu bersuara untuk UMNO, takyah sorok2 lagi. Gua tahu lu tak puashati dgn gua, tapi lu ingat gua bukan ahli PAS atau UMNO, jadi tak konpom ke syurga la nampaknya. Tapi gua bukan macam lu, lu iman tinggi, pangkat pun tinggi, gaji pun dah tentu tinggi tapi kita serupa, belum tentu ke syurga. Tapi salah ke gua menuju ke 'jalan yang lurus' yang skrang ni lu buat gua pening dgn 'jalan bengkang bengkok lu'. Gua ikut lu, lu tanggung la gua nanti. Kalau gua terjebak dgn 'Jom Heboh', lu boleh diam aje..ok la tu!

Better lu baca balik utusan lu dan malaysiakini.......apakata TGNA sebenarnya.

Nik Aziz perjelas kenyataan ahli UMNO tak masuk syurga
18/08/2009 5:38pm

KOTA BHARU 18 Ogos — Mursyudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan beliau tidak bermaksud anggota UMNO tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata semalam.

Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota UMNO tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.

“Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli UMNO. Ahli UMNO dan penyokong UMNO lain, dua perkataan berbeza,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

“Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala,” katanya. - Bernama

Nik Aziz nafi kata 'ahli Umno tidak masuk syurga'
Ogos 18, 09 5:44pm
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Nik Aziz turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

LAGI ZAMBRY KENA HAMBAT!!!!!!

Petikan dibawah ni diambil dari utusan, jadi fikir-fikirkanlah sendiri beritanya. Yang nyata, rakyat Perak dah menyampah kat MB Haram 'J'. Itu hari lu bikin kecoh bawa 'samseng' masuk dewan tarik dewan 'speaker' dgn 'microphone'nya sekali, kena kurung pulak tu. Skang kena kat lu pulak. MB gua dah pesan kalau tak bubar dun selewat2nya september ni.....lihat dan tunggu lah.

Kat bawah ni dan dlm tv lu cakap lu bukan pengecut, hahahaha......kalau bukan pengecut, dah lama lu bubarkan dun Perak baru lu boleh kata lu bukan pengecut!! Oh ya, mungkin 'telur lu yang kecut kut'. Tu pasal lu perkudakan brader sunny gua yang dah hilang arah Islamnya lebih ke melayu..........

Korang baca je la utusan melayuuuuuu.......... -OM

'Usah guna cara samseng halang saya berkhidmat'
IPOH 17 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberi amaran keras kepada pakatan pembangkang supaya tidak menggunakan cara samseng untuk menghalang beliau menjalankan tugas terhadap rakyat.

''Saya beri amaran keras jangan halang saya berkhidmat dengan cara (guna samseng) ini. Saya datang untuk beri perkhidmatan kepada rakyat.

''Jangan ingat saya takut atau seorang pengecut. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, saya sebenarnya telah dinasihatkan oleh pasukan keselamatan supaya tidak hadir pada majlis itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau yang telah berada di Taiping ketika itu terpaksa mewakilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid selepas dinasihatkan oleh polis supaya tidak hadir pada program itu.

Ia ekoran tindakan kira-kira 20 penyokong pembangkang dari DAP yang diketuai Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; ADUN Aulong, Yew Tian Hoe dan ADUN Pokok Assam, Yee Seu Kai merancang membuat kecoh di Dewan MPT tersebut.

Keadaan tersebut benar-benar berlaku apabila Kor Ming bersama penyokongnya bertindak keluar dewan ketika majlis sedang berlangsung dan cuba menimbulkan kekecohan dengan membawa kain rentang bertulis 'MB haram, malu! malu! malu!'

Sumber : utusan online

OM : Lu pun samseng, eloklah kena dgn 'samseng?!?!', samseng mana ada takut, bukan pengecut macam lu....lu ni pengecut tapi samseng, adoiyaaa......zambry...zambry...zambry. Ituhari, lu dah kena halau dengan tuan tanah di Lekir, di batu gajah pun sama, kat Ipoh lu kena 'booooo', lu 'tazkirah sepatah dua kata' pun polis pakat jaga keliling masjid, esok lusa tak tahu la apa nak kena kat lu lagi ni. Bubar je dun, baru orang kata lu berani bukan pengecut, bukan main rampas macam SAMSENG!! Lu samseng dan pengecut!! Gua tak fahammmmmm.........

PPSMI: DESAK MANSUH SEGERA @ P.PASIR!!!!!


Pak Samad di P. Pasir desak mansuh segera PPSMI
oleh : Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) tidak dapat meredakan perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Jumaat ini, empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen atas pentas PAS bagi meminta dasar itu dimansuhkan segera.

Awal bulan lepas, kerajaan mengumumkan PPSMI dimansuhkan mulai 2012.

"Saya diberi pentas, bercakap soal PPSMI, tentang perkembangannya. (Tindakan) itu biasa sahaja, oleh kerana (ada) pilihan raya kecil," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Itu adalah tafsiran (orang ramai). Saya cuma guna pentas (PAS)," tambahnya, apabila diminta pembabitannya bersama parti itu pada pilihan raya DUN itu.

"Andaian orang macam-macam, susah hendak dikikis. Ini bukan baru, dulu pun orang bercakap juga."

Calon PAS Mohd Salleh Man akan bertembung dengan calon BN Rohaizat Othman dalam pilihan raya, 25 Ogos ini.

Setiausaha gabungan NGO itu Hasni Abas pula memberitahu Malaysiakini hari ini, A Samad, atau panggilan mesranya Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.

"GMP akan berada di Permatang Pasir pada 21 Ogos malam.

"Pak Samad dan exco GMP akan ke sana," jelas Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hasni menjelaskan, dalam mesyuarat GMP Sabtu lalu bagi membincangkan tindakan susulan badan itu susulan pengumuman pemansuhan PPSMI, badan itu tidak akan mengambil langkah berdemonstrasi sekali lagi – dalam masa terdekat.

"Pak Samad ada usulkan perkara itu. Tetapi kita putuskan tidak perlu buat masa ini, kita tidak mahu (bersikap) provokatif. Kita jumpa dulu," katanya.

Sebaliknya, tambah Hasni, GMP akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran mempersoalkan kelambatan pemansuhan itu, tidak seperti proses pelaksanaannya pada 2003 yang hanya mengambil masa enam bulan.

GMP juga ingin bertemu dengan menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membangkitkan isu tersebut.

DS NIZAR @ MANJUNG

Maaf, gambo OM tak dpt nak load lagi, esok kut. Korang baca kat blog sahabat-sahabat OM yg turut serta dlm operasi 'menjahanamkan umno' di manjung.

1.
http://hjfawi.blogspot.com/2009/08/dato-seri-ir-hj-nizar-sukaneka-rakyat.html (blog hablumminnas : hj fawi)
2.
http://hjfawi.blogspot.com/2009/08/dato-seri-ir-hj-nizar-pasar-malam-teluk.html (blog hablumminnas : hj fawi)
3.
Sekitar Program Dato dan Datin Seri di Manjung (blog PerakExpress.com : sya/anaz)
4.
Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tazkirah DS IR Nizar Di Surau Fasa 2D Seri Manjung.. (blog ManjungMari : hj mat desa)
5.
Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sepetang Bersama DS IR Nizar Di Pasar Malam Padang Tembak, Teluk Murok Lumut. (blog ManjungMari : hj mat desa)
6.
Sekitar Akviti DS Nizar di Manjung (blog Manjung Center : petey/amin)
7.
http://manjung-center.blogspot.com/2009/08/majlis-makan-malam-dap-lumut-bersama-ds.html (blog Manjung Center : petey/amin)
8.
Bersama dengan Haji Nizar dalam lawatannya di Pasir Panjang (blog Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang : En. Hamidun)
9.
Majlis Makan Malam DAP Cawangan Lumut (blog Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang : En. Hamidun)

Om nak ucapkan tahniah kat adik2 dan brader bloggers lain kerana turut serta dalam program DS Nizar di manjung. Ada juga bloggers lain yg turut dlm beberapa program PAS akan tetapi mereka bertugas atas Parti mereka seperti bloggger INFOSENDIRI, tenaga mereka diperlukan oleh JK. Sekurang2nya YDP akan berbangga kerana kekuatan bloggers ini mem'berita'kan apa yang tidak di'berita'kan di akhbar2 perdana. OM percaya sekiranya idea YDP Lumut untuk mengeluarkan risalah tentang aktiviti PAS di Lumut, insyaallah akan berjaya. Tambahan 'wartawan percuma' ini giat mengikuti program PAS atau PR di manjung.

Team Perak Ekpress yang tak kenal erti penat macam ADUN Pasir Panjang, setiap ceruk pasti mereka muncul. Nasiblah sya ada tolong jenguk2 anak DS, kalau tak orang culik pun sape pun tak sedar, habis dah rakyat semua kerumun DS terpaksa lah layan. Bapa diatas duk berceramah, anak dah tertido dipangkuan Datin Seri. Itulah ADUN yang tak kenal erti penat dan terpaksa berkorban demi rakyat dan tugas. Anaz plak byk bg ilmu kat gua pasal kamera, kamera ok orangnya tak ok, sya tanya pun gua tak bleh jawab, gua tahu hanya snap aje....hahaha, tapi gua teruja hdcam rm13000 yang anaz citekan. sama2 kita cari sponsor....hehehe.

Masa majlis makan malam DAP, ucapan2 DS Nizar ringkas tapi padat dan padu!! Kehadiran dlm 600-800 org, bergegar dewan bila mendengar ucapan semangat DS Nizar. YB Nga Kor Ming pun lagi dasyat walaupun gua tak faham apa yang dia cakap dlm chinese, tapi suaranya dapat mengangkatkan tangan gua untuk sama2 bersetuju!! Hoyei!! Hoyei!!

Petang sat ni tadi, Pak sheikh ustaz faisal terserempak dgn OM, dan minta kerjasama link kan blognya yang akan muncul. Buat Pak Sheikh, bolehlah bertazkirah di blog anta yang pastinya ana dan rakan2 mentelaahnya.

Gambo2 tunggu la esok......

My POST