RELAKS JAP, LAYAN BLUES...

Bulan lepas, OM Che'Gun ada ber'karya' hak ciptaan orang punya untuk menyatakan rintihan musibah yang menimpa Manjung, OM saja buat ulangtayang dari sini dan sana.

Memerhati sekeliling alam...mengadap kesan bencana, kenapakah ini berlaku?

video

Original : Abiet G.Ade , Dihuruharakan : Fizul Che Gun, Rakaman : Man

Buat Otai Manjung's Members yang berada di perantauan mencari rezeki.

Kami layan lagi di siniiiiii.......


Yang ni tak silap OM, group dari Teluk bakong, Bota - The Real Ngancok Wak -, satu sekolah dengan OM dan orang kampung Om jugak...layan..

AMARAH BRADER SUNNY

Kawan Dari Lekir 'menjerit' : -
OM layanzzzz!!

Entah kenapa brader Sunny gua seorang ni?!?!?!
Dulu OM Man pernah sinis brader tapi masih dalam erti kehormatan,
Tapi gua dah tak tahan sebab brader Sunny gua dah jadi politikus,
Dulu janji tak mahu berpolitik takut sultan murka, La ni dah jadi gurka.
Gua berdoa agar tidak selamanya sementara ajal masih ada.....................
Bermula keputusan PRU 12, pertubuhan melayu united minta tolong sama brader,
brader sanggup turun ke serambi mekah jumpa tok guru idola dan mentor gua,
mohon restu untuk kerajaan gabungan melayu dan melayu memerintah,
di tanah emas pun bukan, gangsa pun bukan, kuprum pun bukan,
nasib ketua parti Islam di negeri ku menolak pinangan dgn melayu zalim,
Alhamdullillah, pilihan rakyat marhaen termakbul, kesian brader Sunny menangis kesepian.
Sepi tak sepi, 2 pejuang keadilan yang hilang bertapa di Putrajaya menyentak kesepian,
gua kalut, idola 'sah' gua lagi la tak keruan, terpinga aksi mamat yang terima rasuah dan seks bebas,
cari punya cari tak jumpa, speaker gua yang handal terima surat letak jawatan 2 pejuang yang dah jadi penyangak, brader Sunny relax jeeeeeeeeeeeeee..........
Gua sangkakan budak suruhan pilihanraya nak umum PRK, rupanya tidak, SPR dah jadi bebas katanya,
2 penyangak tadi pun turut jadi bebas untuk pilih siapa yang 'haram' memerintah negeri tanah air ku,
untuk sahkan yang haram, perlu 1 lagi penyangak untuk dapatkan pemerintahan yang betul-betul haram,
sah bila depa setuju habuannya boleh 'cover' ke anak cucu........harusssss diam terpinga!
Sah tak sah, raja gua pulak menjadi mangsa untuk menentukan siapa yang patut jadi penasihat 25%nya,
idola gua yang dulu jadi penasihat tanpa 25% kepada Raja gua, Raja gua entah ngape?,
ketua 1 malaysia menasihatkan raja gua pulak? raja gua termakan nasihat 25%nya,
mungkinkah?!?! rupanya brader Sunny pujaan gua dulu pun setuju atas nasihat 25% ini......
Gua tertanya2, apakah ini brader Sunny yang gua kenal dulu,
kaji, baca, tengok rupenya brader gua ni lebihkan melayu dari Islam akhir2 ini,
mana tidaknya, dulu brader gua lantang mengharamkan 'Sure Heboh',
melayu dengar dan patuh tukar kepada 'JOM HEBOH'.....
Melayu yang merampas negeri ku pun ambil iktibar, janji tak murtad!
HJ (Haram Jadah) Zambry pun buat la parti Jom Heboh di DUN pungkuk nya,
Brader gua tak kata apa, mungkin takpe bukannya Sure Heboh,
ini baru nak ajak melayu 'jom heboh' belum pasti 'sure heboh',
diam berertinya setuju kata orang dulu-dulu dan HJ Zambry,
harus...harus...tak pasti lagi heboh, mungkin majlis perpaduan...perpaduan...perpaduan...
maka sangkaan marhaen pejabat mufti yang dah jadi 'move on politic' dah keluarkan
sijil halal kepada pesta heboh ini.....
OM Man terjebak, anak bini ajak pergi, katanya takpe brader Sunny tak marah,
Nak jadi cerita, dalam perjalanan terpatah balik sebab Allah tak mengizinkan,
Ceritanya di sini......
Gua bertambah pening sejak akhir ini tengok brader gua mengalahkan pemimpin melayu sendiri,
brader lebih melayu dari pejuang melayu yang sedih tengok melayu dah layu..
Dulu-dulu kawan2 gua dan gua sendiri pemuja brader, semua vcd ceramah brader kami sapu...
vcd pasal melayu murtad, kami sokong dan brader sendiri cakap juak-juaknya pemimpin umno jugak,
vcd pasal militan, brader cakap juak-juaknya dari orang umno juga,
apakah brader mudah lupa akan peristiwa sister Lina Joy?
apakah brader mudah lupa akan paderi yang sudah ke pangkal jalan 'story'kan bagaimana dia lari dari gereja dan siapa orang yang menyerikan melayu murtad di malaysia? Di manakah Raja Shereen sekarang?
Kalau dah lupa, kami ada masih simpan vcd dan cd untuk ulangkaji Brader! Apa kesudahan brader?
Nak kena tanya sama brader Azmi Teras ke?????
Brader Sunny gua ni dah pun dapat Tan Sri dan tentunya mak andehnya Puan Sri,
Patutnya brader, inilah peluang brader untuk membetulkan pertubuhan melayu united,
tengah depa suka dengan brader, esok lusa silap-silap depa boleh booo sama brader,
macam pak sheikh Ishak Baharom yang kena terajang....berani kerana benar!
Adakah tan sri brader lebih melayu dari islam bila isu Sister In Islam pun brader diam....
dulu beria-ria hentam sister ni, la brader pun dah macam Brother In Islam.
Oh ya! SIS bukan melayu islam tapi melayu je, jadi takyah la tan sri brader gua ni masuk campur!
Tan sri brader lebihkan agamanya dahulu dari melayu, dulu-dulu la...
Brader...brader....brader, nak satukan melayu kena contoh cina,
Aiikkk! itu hari marah sangat kat cina jadikan melayu boneka?!?!
Pening gua......tapi gua tengok cina perak pun setuju bagi tanah kat melayu miskin,
bagi tanah kat kolej agama Islam Perak....apa melayu perak dan Tan Sri brader buat selama ini?!?!
nampaknya cina lebih islam dari brader kat negeri ku....
Patut lah brader Pyanhabib pun menjerit Harusssssss Sunny!! dalam sajak Merepekkkkkkk!
Gua merepek sama brader kerana lu pun merepek jugek.....
Untuk brader, kami akan hilang sepasang kasut, sebelah untuk HJ Zambry dan sebelah lagi untuk Tan Sri Brader Sunny!! Selamat datang ke dunia politik!
Gua bukan OM.
Kawan Dari Lekir.
Pyanhabib United Fan.

PERJALANAN MALAM KITA, MELAYAN PENTAS KITA DAN HARGAI KARYA KITA

LAMAN TERATAK BUDI milik Ust. Ariffin Ngah, SUNGAI SUMUN, BAGAN DATOH, PERAK.

video

LAYAN BEB!! PALUAN GENDANG TELAH BERBUNYI....AYUH BERJUANG DENGAN KATA-KATA!!

PERJALANAN MALAM KITA, MELAYAN PENTAS KITA DAN HARGAI KARYA KITA

-Pyan Habib, KulupSakah, Meor, Nik, Mat Saman Kati, AirMas, Lantera Jiwa , Abdullah Jones dll (lupe daa...)-

Terima Kasih kpd organizer kerana berjaya merealisasikan "merakyatkan seni", Brader MSK yang 'cool' dan tak lupa yang menyediakan juadah buat kami yang datang dari Manjung. LAYAN BEB! Bila nak turun Manjung plak? ummi dan sya boleh jawab kut....

Lagi di : blog kulupsakah dan abdullahjones.

PASIR SALAK MENYALAK, DS NIZAR BONEKA SERIBU KALI & ZAMBRY MEROYAN.....

BN Pasir Salak Memalukan BN/UMNO - Buat malu UMNO Perak je!!! Macamana la orang Pasir Salak boleh memenangkan dia....malu weii!!





Kalau BN kata bagi tanah kat Cina miskin, India miskin, Melayu miskin, Orang Asli dan bagi tanah kat sekolah2 agama rakyat itu adalah BONEKA DAP, kami rela disebut BONEKA DAP seribu kali. Adakah BN memberi tanah kat tokey judi di tanah tinggi, di genting itu adalah betul? selamat maju jaya....- quote kata2 YB Machang.

Menyampuk lagi.....marah si Pasir salak yang duk sedap menyalak tak tentu arah, fakta lintang pukang. Kan kena belasah dah...

Bab menyampuk ni, kalau nak kira semalam OM sebelum ke Pentas Kita sempat bagi sedas dua kat Zambry haram 'j', tgk pagi ni dia dah 'menyampuk'....hehehe, menyampuk betul la...takut gak dia kena baling kasut ya!!! OM cuma kata Zamabry haram 'j' dah mula kempen,baca kat sini. Bukan OM je cakap, tapi rakan blogger dari Manjung gak (Putra Aro) pun cakap bibit2 yang sama, baca kat sini. Aleh2 MB haram 'j' pun menyampuk gak, baca kat sini. Tapi bila komen yang barfakta tidak menyebelahi dia, harammmmmm dia nak 'publish' dalam blog haramnye.

Semalam pun Pyan Habib pun berpuitis pening dgn MB 2, Speaker 2 ni ditambah plak dgn Harusssaniiiiiiiiiii.....................OM layannnnn beb!

Ok jugak, OM yang kecil anak ni pun Zambry nak belasah gak....sekurang2nya ada respon tiap kali OM belasah MB haram 'j'. Kalau MB haram 'j' nak tahu, Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang dah ada dua kenderaan, satu van dan semalam sdr Azam ckp Dato' Seri sumbangkan hilux plak. Alhamdullillah, Insyaallah langkah En. Hamidun makin panjang la, kena la jenguk2 selalu orang2 kampung dan masyarakat sekitar Manjung.

Apakata, lepas ni dapat kan bot laju plak, kita serang Pangkor........

LAYAN PENTAS KITA & URA2 PRK PERAK

Dua tiga hari ni badan tak berapa sihat, 'on' laptop kepala pening, buka je pening........tapi bukan 'simptom' h1n1. Kawan dari Lekir dah ayat ajak g tengok Pentas Kita dia nak tengok idola dia, Pyan habib! OM layannnnnn.......lepas maghrib ni kami bertolak. Kurang2 dapat 'rest'kan kepala otak.

Ingatkan nak olahkan pasal 'kata-kata yang mungkin PRK Perak selepas PRK Manik Urai', yang mana OM dapat bibit-bibitnya ada kebenarannya juga. Sini OM cerita ikut sedap mulut OM dulu, nanti OM balik dari pentas kita, sambung dengan kaitannya skali......layan dulu....

Pertama kalau tengok kat pekan Grik yang mana laluan Dr. zambry masuk ke kampung2 belah Pengkalan Hulu, ternyata ada 'banner' UNDILAH BARISAN NASIONAL' dan gambar Zambry. Sekretariat PR Grik ada buat laporan polis berkenaan ini. OM tengok dah macam ada PRK je kat Grik...hehehehehe. Takpun UMNO Grik perli Zambry, saje je taruh banner minta Zambry bubarkan dun Perak, agaknye leee......

Kedua, bila dapat tahu Zambry arahkan badan2 kerajaan di Perak untuk mengadakan program bersama rakyat yang mahukan dia turut serta dalam program, ada kemungkinan dia sedang berkempen sebelum nak bubarkan dun. Zambry dah redah ke Parlimen Parit Buntar dan Grik sampaikan ada sekolah yang terpaksa cuti nak sambut MB haram jadah ni. Sekolah ditutup samada arahan Zambry supaya anak2 ni boleh diperbodoh-bodohkannya atau guru2 & murid2 kat sekolah tu pakat cuti tak nak sambut Zambry haram 'j'.

Ketiga, esok lusa ada program kat lekir dan padang astaka Sitiawan. Ahad ni di Padang Astaka Sitiawan anjuran Jabatan Perpaduan sempena MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009 - "1 MALAYSIA". Yang pastinya, budak sekolah menjadi mangsa lagi, hari ahad yang sepatutnya bersama keluarga terpaksa berdiri tengah panas dengar ucapan rasmi Zambry haram 'j'. Jabatan Perpaduan jadi mangsa untuk membantu kempen Zambry haram 'j'. Polis dah tentu jadi pak pacak nak halang balingan kasut rakyat kat MB haram, polis boleh jadi tukang sambut kasut tu nanti. Kesian pak polisi jadi tukang kasut semenjak jadi kuli batak Zambry haram 'j'......

OM nak dengar gak ucapan Zambry haram 'j' tu nanti, kut-kut ada bunga2 nak bubarkan dun Perak........
"BUBAR DUN PERAK!"

PERPADUAN SEBENAR YANG DICARI

TERUSKAN PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN UMNO, BUBAR DUN PERAK!!


"Bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair"

KATA-KATA UNTUK KERAJAAN PERPADUAN

Pihak OM juga lega dengan kata putus ini Majlis Presiden Pakatan Rakyat, TOLAK KERAJAAN PERPADUAN.......
Eratkan kerjasama Pakatan Rakyat! Bubar DUN Perak!

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair. Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan. Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.” - TG Nik Abdul Aziz

Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - TG Nik Aziz (harakahdaily)

"Dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan". -Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

“Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang.” -Anwar Ibrahim

"Ini adalah kenyataan muktamad dan bermakna tidak akan ada lagi ‘unity talk’ dengan Umno". -Salahuddin Ayub

Lagi video di KERAJAAN PERPADUAN DITALKINKAN (Blog Pinkturtle)


LAPORAN POLIS & KENYATAAN MEDIA PR LUMUT

20.06.09, Balai Polis Seri Manjung.


Lebih kurang jam 12.00 tghari, terima sms dari Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut, Sdr Mohd Yusri, mengajak sertai jawatankuasa untuk membuat laporan polis terhadap penayangan video Sidang DUN 7 Mei di Ceramah Umum di Dewan Merdeka MPM semalam. Tayangan video ini telah diharamkan oleh pihak Polis bagi mendapatkan permit ceramah mana-mana parti atau badan sekitar Parlimen Lumut.

Jam 5.30 ptg, Sdr Yusri diiringi masuk ke IPD Manjung bersama Jawatankuasa PR Parlimen Lumut. Turut hadir Naib Timbalan Pengerusi PKR Lumut, En. MP Shanmugam, Naib Ketua Pemuda DAP Lumut, En. Ding, En. Jason LH Ling dan wakil parti dalam Pakatan Rakyat Lumut.



GAMBAR SEKITAR BALAI POLIS SERI MANJUNG:- BARISAN SKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PARLIMEN LUMUT


SALINAN REPOT POLIS YANG TELAH DIBUAT OLEH SETIAUSAHA SEKRETARIAT PR LUMUT
KENYATAAN MEDIA

INI JUGA DILAPORKAN DALAM REPOT POLIS - UNSUR HASUTAN PERKAUMAN

VCD CETAK ROMPAK 'TAYANGAN HARAM SIDANG DUN 7 MEI YANG DIBERI PERCUMA KPD SETIAP HADIRIN

PERCUMA SATU DAPAT DUA.........

GOLONGAN TUA LEBIH RAMAI DARI PEMUDA

" Speaker Haram terpaksa memanggil pihak polis mengikut enakmen kepala bapak dia untuk mengawal sidang dun yang huru-hara oleh kami sendiri" , "blaaa.....bla......tuan speaker yang sah telah diheret keluar dgn kerusinya sekali oleh pihak kami bertali leher yang kami sendiri tak kenal........"
Tayangan video yang terbukti UBN menggunakan polis semasa peristiwa Sidang DUN 7 Mei. Persoalannya kenapa ceramah haram sebegini yang jelas membuat tayangan dibenarkan sedangkan pihak PR nak mohon permit ceramah pun payah dengan tambahan syarat tidak ada penayangan, jika tidak tindakan akan diambil seperti yang berlaku terhadap DAP Sitiawan. Ceramah haram ini diadakan berhampiran Balai Polis Seri Manjung (IPD), tak sampai 100 meter pun!

Laporan disediakan oleh OM Che' Gun

GAMBAR SEKITAR TEMASYA BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI PERINGKAT NEGERI PERAK - (OM1)

PENGHARGAAN BUAT KEJAYAAN ANAK2 PASTI LUMUT YANG MENJUARAI BOLA SEPAK(3 tahun berturut-turut) & BOLA JARING(4 tahun berturut-turut) DI TEMASYA PASTI PERINGKAT NEGERI PERAK baru-baru ini.

Semalam (20.09.2009) mereka telah mewakili PASTi PERAK ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat yang KETIGA bagi kejohanan bolasepak. Sebelum ini mereka di peringkat kebangsaan hanya melepasi perlawanan suku akhir dan pada tahun ini mereka berjaya ke peringkat separuh akhir dan perlawanan tempat ke-3.

Berkat kesungguhan anak2, guru2, pelatih dan J/kuasa PASTI Lumut, mereka berjaya menaikkan tahap prestasi. Tahniah semua dan adik Iskandar ('man Of the match' peringkat negeri) yang berjaya menjadi penjaring terbanyak perlawanan peringkat kebangsaan.

KEDAI FOTO BERMULA, PENGHARGAAN BUAT ANAK2 PASTI LUMUT!!


Ceramah Malam Tadi ?!!! ANJURAN PEMUDA UMNO LUMUT...... (sambungan dari Blog Manjung Mari)

Ceramah Malam Besok ?!!! ANJURAN SIAPA...... dari Brader Blogger Manjung Mari telah terjawab siapa anjurannya tak lain dan tak bukan Pemuda Pejuang Bangsa Melayu Kwsn Lumut. (ceramah syok sendiri)
Mulanya malas gak nak pergi bila tahu ni anjuran UMNO, tapi bila jumpa kaki seangkatan kat dewan tu, kami teruskan ajeLAH. Lagipun, Brader Manjung Mari dah suruh siasat, maka pergilah jua dan terdengarlah kata-kata yang kurang enak yang memanaskan telinga OM bila start dengar ceramah haram ni. Patut la brader Manjung Mari geliiiiiiiiiiiiii nak pergi.

Mula2, Sdr Shahril Ketua Pemuda UMNO Lumut membuka ucapan aluan dan suruh tengok tayangan video kerajaan haram bawa polis masuk dalam dewan. Hanya, ulasan Zambry je mengiyakan kenapa polis dipanggil masuk?!?!?!?! dalam siri tayangan itu.
Kemudian dijemput Zahid Md Arip membakar hadirin dengan kata-kata hentaman yang memedihkan telinga OM, hujahnya ternyata tidak berlandaskan fakta yang sebenarnya dan 'point'nya membakar semangat pemuda Umno Lumut aje.

Zahid menjerit lagi :-

Ong...ong...ong....ong.... NIZAR, ANWAR DAN TN GURU NIK AZIZ......BANGSAT! KEPALA BAPAK DIA! PUKIMAK!

Nizar, boneka DAP! Bagi tanah kat cina, tapi UMNO bukan nak bawa isu perkauman....-Pemuda jerit, Derhaka!! Boneka Cina!! . (OM : Apadah ckp putar belit)
Umno jgn jadi mcm PALESTIN, jual tanah kat yahudi israel, aleh-aleh dah tinggal sekaki je negara!! Bodoh punye pak arab!

Nik Aziz ckp UMNO sama la dgn KOMUNIS, Nik Aziz bantai Timbalan PAS sendiri, ini bukan ULAMA BESAR tapi bagi saya dia SYAITAN BESAR!! (OM : Dah tak tahan, ajak pakat member lain blah dari teruskan pesta maki dan mencarut)

Oleh yang demikian, sebelum blah sempat la tegur Ketua AMK Lumut, Sdr. Yusri dan OM minta dia komen ucapan2 dua penceramah ini. Esok, dia nak email kat OM dan OM kan publishkan kat sini. Apupun, kami dapat 2 salinan VCD haram yang diberi percuma..........

UNIVERSITI TERBUKA PERAK......

Jom pi sekolah, bab krisis Perak.......

Perak buka pekung kerajaan BN (MALAYSIAKINI)
Amin Iskandar

Krisis politik di Perak secara tidak langsung telah memberikan “pakej rangsangan ekonomi” kepada rakyat di negeri tersebut. Contohnya apabila sidang DUN Perak berlangsung 7 Mei lalu, berbondong- bondonglah para wartawan, penulis blog, penganalisis politik dan pelancong politik dari luar negeri itu turut serta.

Apabila Ipoh dipenuhi dengan orang-orang luar, maka rancaklah aktiviti ekonomi. Hotel-hotel berpenghuni, restoran-restoran lebih laris, termasuk kedai-kedai mamak mendapat pelanggan luar biasa banyaknya.

Ia secara tidak langsung dapat membantu rakyat Perak untuk terus bertahan walaupun aktiviti ekonomi di negeri tersebut lembab akibat ketidaktentuan politik sejak Februari lepas.

Menurut Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam, pergolakan politik di Perak "satu pendidikan politik yang terbaik" kepada rakyat.

Menurutnya, juga adik kepada seorang ahli politik veteran Umno, krisis di Perak menunjukkan dengan jelas kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku dalam institusi-institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam.

Memang benar apa yang dikatakan oleh ahli parlimen PAS itu. Sebelumnya, memang begitu sukar untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku di negara ini.

Dengan berlakunya rampasan kuasa di Perak, rakyat dapat melihat sendiri bagaimana institusi-institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam diperkudakan oleh Barisan Nasional untuk menghalalkan tindakan mereka merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Menurut hakimnya Abdul Aziz Abdul Rahim, ADUN PAS itu adalah menteri besar Perak yang sah kerana undi tidak percaya tidak pernah diusulkan terhadap Nizar dalam persidangan DUN Perak.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakimannya.

Selepas penghakiman itu, Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry Abd Kadir, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

Kegembiraan Nizar dan barisan exco Pakatan Rakyat Perak tidak bertahan lama. Keesokan harinya Zambry, menteri besar BN, memfailkan rayuan mahkamah Putrajaya.

Rayuan Zambry itu didengar dan diputuskan pada hari yang sama. Mahkamah Rayuan bertindak dengan begitu pantas dan efisyen. Jika kes-kes lain turut diperlakukan sebegini rupa, maka mahkamah di Malaysia akan menjadi mahkamah yang paling efisyen di dunia!

Mahkamah Rayuan telah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - yang membawa akibat Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah selama tidak sampai 24 jam!

Pada 22 Mei pula, Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan pelantikan Nizar sebagai menteri besar.

Keputusan ini akan pasti dirayu pula oleh Nizar di Mahkamah Persekutuan. Apakah ia akan memihak kepada Nizar atau Zambry? Pertikaian di mahkamah antara dua menteri besar ini diperhatian dengan dekat oleh orang ramai - sekali gus mengheret para hakim kanan di depan mahkamah rakyat.

Hakim membuat keputusan, rakyat menentukan kesahihan keputusan mereka!Akibat silih ganti pertukaran ini, pelbagai pihak mula mendesak lagi agar DUN Perak dibubarkan untuk menyelesaikan kemelut politik politik yang berlarutan selama beberapa bulan.

Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat apabila DUN dibubarkan.

“Jika Perak lumpuh, bukan hanya Perak yang akan lumpuh tetapi seluruh negara akan lumpuh.

"Jika istana Perak membuat keputusan salah (tidak membubarkan DUN), ia bukan sahaja akan menjejaskan institusi beraja di negeri itu tetapi keseluruhan institusi Raja-raja Melayu.

"Jika semua kes mahkamah telah diselesaikan sekalipun, ia tidak akan memuaskan hati rakyat. Jalan yang terbaik ialah krisis politik ini diselesaikan melalui pilihanraya di negeri tersebut," katanya ketika ditemuramah oleh penulis ini sewaktu pelancaran Pertandingan Menulis Esei Bertemakan "One Nation, One Malaysia" anjuran yayasannya My Future Foundation pada 13 Mei lalu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak agar hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka dikembalikan - bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya negeri.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya. Hak memilih kerajaan adalah hak asasi manusia," kata pengerusinya Abu Talib Osman.

Beliau merujuk Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat haruslah menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.


Kemelut Perak bertukar hujan emas (MALAYSIAKINI)
Hishamuddin Rais
Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.

Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul.

"Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak.

Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.

Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.

Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat.

Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib. Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.

Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.

Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu. PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina. Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.

Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.

Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.

Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.

Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.

Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN PASIR PANJANG & DUN SITIAWAN

Bagi penduduk kawasan DUN Pasir Panjang & DUN Sitiawan yang mungkin ramai tak tahu Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, OM paparkan kat sini. Kebanyakan orang ramai yang OM temui sekitar DUN ini masih tidak tahu alamat Pejabat untuk mereka hubungi terus pihak ADUN. Antara sebabnya, ADUN dan wakilnya selalu masuk ke kawasan sekitar dan mendapatkan 'feedback' dari orang ramai tapi sekiranya mereka terlepas 'pandang bolehlah hubungi pejabat.
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PASIR PANJANG
(YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN S.P.M.P)

PUSAT KHIDMAT ADUN PASIR PANJANG
NO. 95, FASA 1C4,
32040 SERI MANJUNG,
PERK DARUL RIDZUAN.
TEL : 013-4220773
EN. HAMIDUN (PEG. ADUN PASIR PANJANG)




PUSAT PERKHIDMATAN ADUN KAWASAN SITIAWAN
(YB DATO' NGEH KOO HAM)


ADUN KAWASAN SITIAWAN
NO. 26, TINGKAT ATAS,
TAMAN ILMU,
JALAN RAJA OMAR,
32000 SITIAWAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL : 05-6919923
- MS. LING SIEW MEI
- MR. YONG CHOO KIONG (S/U YB NGEH)


GAMBAR BANNER DI PEJABAT DUN NI OM 'SNAP' MASA OM REDAH KE PEJABAT DAP SITIAWAN, sempat sembang-sembang dengan Naib Ketua Pemuda DAP Lumut, Mr. Ding.

SEPASANG KASUT UNTUK PEMIMPIN KERAJAAN RAMPASAN & KERAJAAN PERPADUAN

MB HARAM, Zambry Abd Kadir yang SAH kena halau & kena 'boo' oleh rakyat di negerinya sendiri mengherdik tindakan DS Nizar di Parlimen hari Isnin yang lepas dan bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang menganggap tindakan itu hanya mewakili Nizar dan DAP sahaja. Cerita lanjut kat web mb haram "j".

Rakyat di Bukit Gantang pilih DS Nizar suruh BUBAR DUN PERAK, jadi tindakan laungan HIDUP RAKYAT dan BUBAR DUN itu mewakili rakyat. Kalau nak ikut hati rakyat Perak, kalau boleh dibaling aje kasut kat muka Zambry bukan setakat melaungkan BUBAR DUN.
Bagi OM, Ustaz Nasa ni komennya yang berbau UMNO barangkali nak mudahkan merealisasikan 'kerajaan perpaduan' dengan tidak bersetuju dengan tindakan DS Nizar. Dah tentulah UMNO melenting, tapi kenapa Timbalan Presiden PAS memberi kenyataan seolah tidak menghayati luahan rakyat di Perak. Ramai pihak telah terguris akan pemimpin 'kerajaan perpaduan' ini dan ramai juga yang menyokongnya terutama pihak UMNO yang beria-ia. Memang patut la ada ahli PAS sendiri secara lantang suruh Ustaz Nasa letak jawatan. Kalau kat Manjung ni, brader Manjung Mari telah memeriahkan suasana sehingga mencetuskan 'perang cyber' antara jemaah dan pihak OM sebagai bukan ahli menyokong luahannya. Barangkali kalau di Perak ni, ada pulak yang akan kehilangan 'sepasang kasut', 1 utk Zambry dan 1 lagi utk Ustaz Nasa.

Tapi bila Tuan Guru Nik Aziz pun dah tak tahan dengan pemimpin 'kerajaan perpaduan' ini seperti dalam berita yang sohih oleh brader Manjung Mari, rakyat @ Manjung Perak rasa lega dan tak akan kehilangan sebelah kasut. Tuan Guru dah berkata yang lebih hebat dari 'balingan kasut', terpulanglah pada tuan badan samada untuk meletak jawatan. Setidaknya ambil yang jernih buang yang keruh, kembali kepada inspirasi rakyat.....RAKYAT TELAH BERSUARA.


LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO (http://bypass308.blogspot.com/)
KOTA BHARU –Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus “perjuangkan” Kerajaan Perpaduan (UG).

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nashanruddin terus berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah “merosakkan” perpaduan Pas sebelum ini.

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa UG adalah boneka UMNO.

“Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka Umno, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah…ini menyusahkan orang…biar dia masuk Umno seorang.

“Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea UG bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.
“Kerajaan Perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat’”

“Jadi PR tidak tahu…Pas tidak tahu. Runding kerjasamapun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka Umno,”katanya.

Nik Aziz berkata, jika diwujudkan UG bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

Katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap “Kalau wujud kerajaan perpaduan DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru.

ZAMBRY KENA 'BOOOO' @ JELAPANG, IPOH

Inilah bahana kalau tak hormati hak rakyat. Cerita ni OM jumpa dari blog rakan di Manjung, Putra Aro Network . Baca di sini.


PENGHARGAAN BUAT PASTI LUMUT ATAS KEMENANGAN

TEMASYA BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI PERINGKAT NEGERI PERAK -14.06.2009


SYUKUR ATAS KEMENANGAN KEDUA-DUA PASUKAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI LUMUT

PASUKAN BERSAMA GURU YANG MENJAYAKAN KEMENANGAN MEREKA. TAHNIAH!!

PIALA DIJULANG MERAIKAN KEMENANGAN. INILAH SKUAD YANG BAKAL MEWAKILI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN.


MAN OF THE MATCH


FAKTA :
1. Skuad Pasukan Bola Sepak Lumut meraih kemenangan peringkat negeri berturut-turut selama 3 tahun.
2. Skuad Pasukan Bola Jaring Lumut meraih kemenangan peringkat negeri berturut-turut selama 4 tahun.

Tahniah atas kecermerlangan Guru2, Jurulatih Pasukan PASTI LUMUT dan anak-anak PASTI. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti!

ESOK OM AKAN PAPARKAN GAMBAR SEKITAR TEMASYA sebagai menghargai kemenangan PASTI LUMUT.

LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 7 :TAZKIRAH MAGHRIB DI SURAU FASA 3A MANJUNG

Jumaat. 12.06.2009. Surau Fasa 3A Seri Manjung. Selepas solat Maghrib.

Penduduk Seri Manjung mendengar Tazkirah oleh DS Nizar

Kesempatan anak-anak dan jemaah untuk bersalaman dengan MB Rakyat

Menjamah sebelum meneruskan perjalanan pulang


Ulasan ini OM petik dari blog Barder Manjung Mari :
Friday, June 12, 2009
Tazkirah Magrib,,,

Salam Sejahtera...
Lepas Magrib sekejap tadi aku ke surau Nurul Iman untuk mendengar tazkirah yang telah disampaikan sendiri oleh Dato Seri IR Nizar....

Beliau memulakan dengan tazkirah dengan membaca beberapa potong ayat al quran dari surah Al Fajr...
Selepas itu beliau dalam muqadimahnyan menasihati dan mengajak jemaah hadir sentiasa mengerjakan sembahyang 5 waktu secara berjemaah... kerana nabi sendiri tak pernah sembahyang fardu secara sendiri... kita umat melayu sahaja sejak lepas merdeka ni mula sembahyang sendiri...kemudian beliau menyatakan kita umat melayu biar cerodik.. memilih ganjaran yang Allah janjikan...

Dalam pada beliau menyentuh lagi mengenai tulisan jawi yang hilang dari mata pelajaran sekolah... kalau waktu zaman 30 tahun dahulu ada lagi bahasa jawi... kita melayu yang rugi.. sedangkan kaum cina masih ada tulisan ibunda mereka bahasa Cina, begitu juga India... tetapi kita melayu apa yang ada, dan siapa punya kerja yang menghilangkan itu semua.. dan apa tujuannya,,, semuanya nak bagi orang melayu makin bodoh dengan agama...

Tak Puas dengan itu dibuatnya pulak PPSMI...makin bertambah bodoh lagi umat melayu dengan bahsa sendiri.. akibatnya anak-anak kita tulis bahasa melayu dah tunggang langgang.. contoh bahasa dalam sms...
Dalam pada masa yang sama ia menghurai ayat yang dibacanya.. mengenai kaum Aad yang hebat di zaman mereka dengan keilmuan membina bangunan, kemudian kaum samud yang yang mengukir dan akhirnya kaum bani Israel dizaman Firaun...

Beliau menanya adalagi ka kaum Aad di sini, begitu juga kaum Samud... kesimpulannya janganlah bermegah dengan sesuatu kaum... kalau dah engkar dengan perintah Allah habis kena telan dik bumi...
Jadi begitu juga kaum melayu.. apalah yang nak dibanggakan dengan kaum melayu....beliau juga menegaskan sikap kaum melayu yang ditanam dengan perangai bila sesuatu kejadian musibah berlaku.. selalunya timbul soalan siapa yang kena accident.. ooo'''''....biarlah... tapi kalau "orang kita''' ooo kesian... Siapa yang ajar budaya ni semua.. tak ada dalam Islam...dan kaum-kaum lain pun mereka tidak minta dilahirkan sebagai kaum Iban, Cina dan sebagainya...
Lebih lanjut di sini.

LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 6 :SUMBANGAN SEGERA KPD MANGSA RIBUT DI BATU 8, LEKIR

Jumaat. 12.06.2009. Batu 8, Lekir. Selepas Majlis Taklimat, DS Nizar dimaklumkan penduduk ada mangsa Ribut yang melanda 3 minggu lepas masih tidak mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak-pihak berkenaan walaupun sudah menziarahi rumahnya.

Justeru, DS Nizar walaupun ada program yang hendak dilakukan tapi rakyat tetap didahulukan. OM tak dapat ikut ketika lawatan pada petang tapi OM diberitahu DS Nizar dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang telah memberi sumbangan segera bagi membaiki rumah yang hampir kehilangan bumbung lebih dari separuh rumah.

Keesokan harinya, bumbung baru telah dipasang oleh skuad Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang dengan kerjasama PAS cawangan Bt.8 serta penduduk dan jiran setempat. Kebetulan pada hari Ahad OM ada jemputan kenduri di Taman Wazir, Lekir jadi OM ambil kesempatan menjenguk rumah mangsa terbabit bersama OM Atan (X-Men) dan rakan cina, Sdr Yap.

Pertemuan kami dengan keluarga mangsa, beberapa info diperolehi di mana seorang anaknya mengalami 'sawan tarik' dan salah seorangnya juga mengalami sakit jantung. Sebelum ini, 3 anaknya meninggal dunia akibat sakit 'sawan tarik', namun Jabatan Kebajikan Masyarakat memandang sepi akan hal ini apa yang diluahkan kpd OM.

Bumbung baru telah dipasangkan dalam jangkamasa 4 jam sahaja secara bergotong royong diberitahukan kepada OM oleh jiran dan tuan rumah.



En. Azimi berterima kasih kepada DS Nizar dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang kerana mengambil tindakan segera. Dia memberitahu kami, sudah 3 minggu tidur menatap langit dan bernasib baik tidak ada hujan turun sepanjang ketiadaan bumbung. JKM sudah melawat dan berjanji akan ambil tindakan seberapa segera namun hingga hari ini tidak ada apa tindakan, datang pun tidak dah.




Isteri En. Azimi sangat gembira dan rasa syukur, dan kebetulan pada hari gotong royong itu pada malamnya hujan 'rahmat' pun turun.


Bumbung baru yang telah dipasangkan



Laporan dan Kad JKM telah ada, namun tiada bantuan JKM terhadap kesulitan yang dialami oleh anaknya.


Anak ini terlantar akibat sakit 'sawan tarik'.


Jiran En. Azimi ini juga menyertai kami apabila sedar kehadiran OM, sempatlah sembang2 dgn otai ni. Berbagai luahan otai ini kepada kami dan berasa seronok dapat bertemu OM. Otai ni jemput OM datang lagi ke halaman kampungnya untuk sembang2 di bawah pokok - sidang bawah pokok katanya! Gerakan orang-orang lama menentang kerajaan Zambry.

My POST