PUASA SUNAT & HIMPUNAN AMAN BUBAR DUN @ MANJUNG - MOH KITE!!

DS NIZAR BERSAMA RAKYAT @ MANJUNG JAM 6PTG, 1 JUN 2009

31 Mei 2009
Esok (1 Jun 2009):Puasa sunat dan Himpunan aman bubar DUN (Blog CINA ISLAM) Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:00 PM
Bersempena dengan Himpunan Aman yang di arahkan oleh Sekretariat pakatan Rakyat Perak, maka dengan ini saya berseru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat Perak khususnya yang berada di Negeri Perak, dan tidak terkecuali kepada yang berminat di seluruh Malaysia untuk kita melaksanakan ibadah puasa sunat hari Isnin.Pada Waktu maghribnya satu Majlis Tahlil dan Berbuka di adakan di markaz yang ditentukan oleh PAS kawasan masing-masing. Sehubungan dengan itu untuk DUN titi Serong diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong bermula pada jam 6.45 petang.Acara Selepas berbuka dan Maghrib ialah Bacaan Yassin. Selepas Solat Isya berjemaah akan diadakan solat hajat.Akhirnya sekali ialah majlis taklimat Isu-isu semasa oleh ADUN setempat dan ketua-ketua parti yang hadir.



DS NIZAR @ MANJUNG, ISNIN - 1.06.2009.
Jadual Perancangan yang diberitahu kpd OM secara ringkas:

Tarikh : 1hb Jun 2009 (Isnin)
Tempat : Markas PAS Cawangan Pasir Panjang
Masa : 6ptg hingga 12mlm

Aktiviti :
1. Ucapan Penyelia DUN Pasir Panjang, En. Hamidun
2. Ucapan ADUN Pasir panjang, DS IR Nizar
3. Pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Rakyat Mohon Bubarkan DUN Perak.
4. Majlis Berbuka Puasa ( Menu Rakyat : Kambing masak Kurma disediakan oleh PAS cawangan Samudera - Chef Rahim)
5. Solat Maghrib.
6. Tazkirah.
7. Solat Isyak.
8. Solat Hajat.
9. Majlis Penyerahan Kunci Van Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang (Sumbangan oleh ADUN Pasir Panjang)
10. Ceramah oleh DS NIZAR & DATO NGEH.

(Sumber maklumat dari Pejabat DUN Pasir Panjang)

Sunday, May 31, 2009
Jun 1 : Hari Gelap Gelita Satu Perak
Esok 1 Jun adalah Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak. Program tersebut adalah sebagai membantah pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh BN dan juga kempen bubar DUN Perak.Seluruh pendokong dan penyokong PR yang Muslim diminta berpuasa di seluruh negeri Perak bagi mengisi program tersebut dan akan berbuka beramai-ramai di setiap markaz DUN seluruh Perak. Manakala yang bukan Islam sebagai menghormati program tersebut boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz. Program di markaz DUN akan bermula pukul 6 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR di peringkat DUN masing-masing, selepas berbuka, solat Maghrib dan Solat Hajat berjamaah akan diadakan, dikuti dengan tazkirah. Selepas Isya' akan didakan ceramah PR yang akan disampaikan juga oleh pimpinan PR di peringkat DUN.
Digalakan berpakaian hitam esok!
Posted by alhusseyn at 5/31/2009 09:57:00 PM

MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 5

DS Nizar bersama Mangsa Bencana Ribut Awal Pagi @ Manjung.

1. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN MANGSA RIBUT
2. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA - 2
3. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 3
4. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 4

Memerhati sekeliling alam...mengadap kesan bencana, kenapakah ini berlaku?

"KAWAN CUBA DENGAR APA JAWABNYA, KETIKA IA KU TANYA MENGAPA BAPAK IBUNYA TELAH LAMA MATI DITELAN BENCANA TANAH INI. SESAMPAINYA DI LAUT , KU KHABARKAN SEMUANYA, KEPADA KARANG, KEPADA OMBAK, KEPADA MATAHARI, TETAPI SEMUA DIAM, TETAPI SEMUA BISU, TINGGAL AKU SENDIRI TERPAKU MENATAP LANGIT, BARANGKALI DI SANA ADA JAWABNYA, MENGAPA DITANAHKU TERJADI BENCANA, MUNGKIN TUHAN MULAI BOSAN MELIHAT TINGKAH KITA YANG SELALU SALAH DAN BANGGA DENGAN DOSA DOSA ATAU ALAM MULAI ENGGAN BERSAHABAT DENGAN KITA. CUBA KITA BERTANYA PADA RUMPUT YANG BERGOYANG."- Ebiet G.Ade


Apakah yang tersirat dihati Pemimpin pilihan Rakyat ini? Kawasan Lapang ini dipukul ribut menumbangkan 4 batang pokok kelapa. MB diberitahu penduduk kampung, dulunya sekitar berhampiran kawasan bencana ini dipenuhi kawasan bakau tapi telah dirobek menjadi kolam ternakan udang oleh pihak yang berkentingan dikalangan pemimpin di zaman pemerintahan yang telah ditolak oleh rakyat semasa PRU ke 12.

Keluarga Mangsa menceritakan bagaimana kejadian ribut yg mengejutkan mereka dari tidur dan menyelamatkan anak-anak.

Di rumah mangsa inilah kami bertemu dengan 'HERO MANJUNG @ Otai Lekir'. Rumahnya tidak mengalami kesan ribut tapi mengalami 'keributan zambry' yang menyebabkannya menghalau Zambry Kadir dari mencerobohi kawasan rumahnya. Ceritanya disini : http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/musibah-manjung-zambry-kena-halau.html

Mangsa mendapat perhatian MB dan Skuad Bantuan Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang.

Ketua PAS Caw. Pasir Panjang, Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang (Pak Hamidun) dan ADUN Pasir Panjang merangkap MB Perak membincang tindakan yang harus diambil.

Melihat lebih dekat kesan bencana.

Abang dan adik comel ni sempat menyapa OM dan menceritakan kejadian, "Bunyi kuat, abang terkejut haaa..cepat2 bangun..adik, mak, abah pun sama...haaa...tgk tu..tgk tu..haaaa". Alhamdullillah, mereka selamat sekeluarga.

Kesan hentaman pokok yang tumbang.


MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 4

Selepas solat Asar, MB mengambil kesempatan menjenguk rumah jemaah yang mengalami kesan bencana di Sg. Tiram.



Skuad Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang dan Pegawai Khas MB


MB memerhati masalah rakyat


Kesan Bencana


MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 3

Singgah di Masjid Sg. Tiram, Lekir. Solat Asar Berjemaah, dan mengambil kesempatan berjumpa Pemuda PAS kawasan sini membaiki bumbung Sekolah Agama Rakyat dan Masjid kesan dari ribut awal pagi.



Otai-otai Sg Tiram dan Pemuda PAS berganding bahu membaiki kerosakan


Pemuda ikhlas membantu dengan kederat yang mampu

Terima Kasih dan Tahniah dengan bantuan ikhlas dari Pemuda PAS.


MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA - 2

Sedang memerhati kerosakan rumah mangsa, pemandu sebuah lori di seberang jalan memberhentikan kenderaannya melaungkan ALLAHUAKBAR!! tanda sokongan kepada MB Rakyat. DS Nizar disambut penduduk kampung, DS Zambry dihalau penduduk kampung. Keadaan rumah mangsa ini yang agak usang mendapat perhatian MB


Mangsa mengadu kepada MB masalah yang dialaminya selama ini dan mohon jika kerajaan dulunya (BN) berminat untuk memberi tanah ganti yang sehingga kini tidak ada kataputus.


Muslimat turut mengiringi dan memberi bantuan kepada mangsa

MB melihat sekeliling rumah mangsa.

MUSIBAH @ MANJUNG : ZAMBRY KENA HALAU KETIKA LAWAT MANGSA DI LEKIR - PART 2

PENGHARGAAN BUAT OTAI LEKIR @ MANJUNG : STAND UP FOR THE RIGHT!!


video

Otai Lekir @ Manjung menceritakan semula kejadian 'Zambry dihalau dari depan rumahnya' di lokasi tempat berlaku kejadian, "Ini bukan cerita bohong, bukan nak cari publisiti, tapi secara tak sengaja hati dah membuak-buak". OM : Well Done, Bro!! Ambil kata-kata Pak Hamidun, " Terima Kasih kerana mengajor Zambry".


video

Penduduk & Team Bantuan DUN Pasir Panjang mendengar luahan 'Hero' Otai Lekir @ Manjung bagaimana 'kemarahan'nya terhadap Zambry yang merampas hak rakyat Perak.

MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN MANGSA RIBUT

LEKIR, MANJUNG. SABTU. 30.05.2009


Pada awal pagi lebih kurang jam 2.00pagi, sekali lagi Manjung dilanda ribut dan kali ini kesannya banyak berlaku di sekitar Lekir, Sri Manjung Fasa 3 hingga ke Kayan yang lebih dasyat. Sebelum ini, siri-siri musibah melanda Manjung telah OM siarkan di sini :

1. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di Rampas
2. http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/berita-untuk-kawan-musibah-melanda.html
3. http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/ribut-sebelum-maghrib-melanda-fasa-1a.html
4. http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/ribut-sebelum-maghrib-melanda-shell.html
5. http://abiakif.blogspot.com/2009/04/badai-kecil-landa-seri-manjungpetanda.html (qote dr NUR12 blog)


MB Rakyat tetap turun ke Manjung untuk mendapat maklumat dari mangsa sendiri dan menyampaikan bantuan serta merta (Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang) kepada mangsa walaupun jadual ketat. Rakyat tetap didahulukan.



MB mendengar keluhan & kejadian ribut awal pagi oleh keluarga mangsa


MB menyerahkan sumbangan dari Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang


MB ucap terima kasih kpd pasukan Bomba Dan Penyelamat Sitiawan yg memberi bantuan


MB sedang memerhati kesan ribut yang melanda di sekeliling rumah mangsa


Jurutera Rakyat sedang memeriksa masalah rakyat.


Take Care, Engineer!! Ir. Nizar memerhati lebih dekat kesan hentaman pokok durian yg tumbang.


MB mendengar dan berbincang tindakan yang akan diambil oleh pihak Bomba Sitiawan


Pihak Bomba Dan Penyelamat dari Sitiawan berusaha mengalihkan pokok yang tumbang dan cuba mengurangkan risiko rumah dari turut runtuh. Nampak seperti mudah, tapi pihak mereka tahu bagaimana atasinya.


Pihak Bomba Sitiawan mengambil risiko untuk menyelamatkan rumah penduduk sekitar Lekir. Terima kasih Dan Tahniah dalam menjalankan tugas.


Rekahan Pokok Durian yang tumbang.


Nasib hentaman beban pokok tidak meranapkan keseluruhan belakang rumah mangsa.


Well Done, Sitiawan Fireman!!

MUSIBAH @ MANJUNG : ZAMBRY KENA HALAU KETIKA LAWAT MANGSA DI LEKIR

ZAMBRY KENA HALAU OLEH HERO 'LEKIR' @ MANJUNG ketika melawat mangsa ribut awal pagi.
OTAI LEKIR 'HERO' @ MANJUNG DGN HJ. AMIN (PEG. KHAS) di hadapan rumahnya. (Rumah Kekuningan sebelah kanan selepas jambatan /Masjid Bt.8 dr S'wan). Manjung bangga dengan brother ni!! Penghargaan OM tak terhingga buat Otai Lekir ni!!

video


Otai Lekir @ Manjung halau Zambry depan rumahnya kerana masuk tak minta izin dan rampas hak rakyat. OM ucapkan syabas kat Otai Lekir Bt. 8 kerana berani menyatakan secara berdepan. Bukan dirancang, tapi kerana sudah benci kpd manusia yang zalim terhadap rakyat dan merampas hak rakyat, semburan benci terkeluar dgn sahajanya. Bukan nak glamor tapi hati rakyat dah tak tahan.
MANJUNG SAY NO TO ZAMBRY!!!!!

Selepas ini :-

.MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA ; Ribut Jam 2 pagi melanda Manjung sekali lagi.

# Ketika Post ini di'publish'kan, YB DS NIZAR dan beberapa pegawai dari DUN Pasir Panjang, Manjung dalam perjalanan ke Penanti untuk 'kempen' terakhir kerana esok 'kempen', spr ckp kena tangkap wooooo...alak belani ka? Rasanya kalau Otai atas ni kat Penanti, SPR dah kena halau balaik dah....

2/6/2009 : OM 'copypaste'kan komen dr pelawat (tqvm komen PPK1 atas perbedaan ini) dibawah ini sebelum sesiapapun memberi komen kepada 'hero' otai lekir ini (Bro Ishak):

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...
orang korang yang kena halau abis melenting 1malaysia. Orang aku kena halau, korang takde pun sawan camni...cuba korang copy paste link ni.. tengok mcm mana 'beradab' nya orang Umno halau petugas PAS. Kononnya hero la tu...http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/05/nak-mintak-komen-anda-skit-boleh.html Pastu korang tengok pulak kerja-kerja jahat Umno terhadap bangsanya sendiri ni.. juga di Perak... abis tu sapa tak hangin, sapa tak marah kalau jalang mcm http://www.youtube.com/watchv=SN4grR0DcKY korang yang Umno ni dah tengok kedua2 video ni? ada korang sedar semua ni? korang ingat korang ni baik sangat?

UMNO GUNA PDRM GALI LUBANG KUBURNYA @ PERAK


Di Penanti, Ketua Polis Pulau Pinang semalam mengakui keadaan lebih aman dengan ketidakhadiran BN. TERBUKTI! BN lah yang menghuru-harakan keadaan2 sebelum ini. Arahan mereka kepada PDRM menjadikan kredibiliti PDRM itu amat hina sekali. Arahan ini juga sebenarnya menjadi barah kepada BN terutamanya UMNO.
Tindakan mereka bukan sahaja menjatuhkan imej PDRM tapi ibarat menggali lubang kubur mereka sendiri. Lagi lu hentam, lagi 'tenggelam' UMNO itu sendiri. Ibarat kata Tuan Guru Nik Aziz terhadap kemelut di Perak, " Skang ni Zambry tak mahu masuk lubang kubur yang Nizar(rakyat) gali tapi dia nok masuk hat dia gali sendiri". Ketika ini, Om rasakan 'kontraktor2' yang dilantik Zambry untuk menggali lubang kuburnya itu akan melewat-lewatkan kerja penggalian atau sedaya upaya menutup lubang kubur yang digali oleh rakyat. Namun lewat macamanapun, ajal di tangan tuhan. Siap tak siap itu hanya perancangan manusia.
Sedar atau tidak dengan bantuan PDRM yang mengikut arahan UMNO, sebenarnya ia membunuh UMNO itu sendiri. Kesian plak kat PDRM tambahan orang2 bawahan yang hanya menurut perintah. Yang menjadikan suasana amarah kerana arahan itu mangsanya adalah rakyat yang menjanakan gaji-gaji PDRM. Arahan ini tak mengenal sesiapa, tapi tentunya tidak kepada puak2 BN/UMNO. Jika sebelum ini Perak di bawah pemerintahan PR, BN atau UMNO nak buat perhimpunan atau demo takde pun pak polisi yang mengamuk, rakyat bebas nak buat jamuan makan ke atau jamuan tak larat makan.
Seorang Polis bapa kepada kawan OM pernah menasihati agar tidak menyertai PDRM tanpa bagi sebab2nya, kini OM mengerti sebab2nya nasihat 15 tahun yang lalu itu. OM juga terkenang kembali zaman DR. M yang menggunakan PDRM semasa kebangkitan reformasi di KL bagaimana terkenanya bahang 'sawan' FRU dgn kepulan asap memedihkan mata dan tekak, serta semburan air 'sirap hijau'. Akibatnya, BN/UMNO semakin pupus. Kini, perjalanan 'arahan' ini kembali bagi membantu kemusnahan BN/UMNO. Generasi seterusnya akan memusuhi UMNO dengan perbuatan mereka sendiri.

WHO LET THE DOGS OUT @ PERAK


ANJING YANG BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BERLAKU DI PERAK.
KAITAN :
1. TERKINI: Orang puasa sunat dan mogok lapar ditangkap polis
2. 'Anjing' BN ganggu program puasa sunat dan mogok lapar
3. Puasa sunat dan mogok lapar diputar belit pihak tertentu
4. LAGI POLIS DI PERALATKAN OLEH PUAK - PUAK UNMO
5. 5 yang ditangkap adalah pekerja yang mengendalikan majlis pagi ini.
6. Sekitar 100 orang lebih polis berada di sekitar wisma DAP
7. TERKINI: Khemah diarah buka oleh pihak polis
8. Mereka ditangkap tanpa usul periksa
9. Koleksi Gambar Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar
10. Jumlah tangkapan keseluruhan 19 orang, Semua mereka di IPK Ipoh sedang disoal siasat
11. Gambar peristiwa penangkapan ADUN Pakatan.
12. Lagi gambar-gambar peristiwa tangkapan.
13. semua yang tahan dibebas dengan jaminan mulut.
14. Terkini 8.30 pm : 2 lagi ditangkap polis.
15. Kecoh di Ipoh. 13 YB ditangkap.
16. Pelancaran Mogok Lapar - Pesta tangkapan oleh pihak Polis - 26/05/2009


ANJING TIDAK MENGENAL UNDANG-UNDANG



PERHIMPUNAN RAKYAT TIDAK DIBENAR MELAINKAN ADA ANJING YANG MENGAWASINYA


ANJING HANYA MENGIKUT ARAHAN, TIDAK MENGENAL MANGSA



ARAHAN! ANJING HANYA PAK TURUT.
Ucapan MB Rakyat Perak

Mahkamah adalah bukan penyelesai masalah, dia boleh menafsirkan undang-undang tapi rakyatlah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah di Perak.Saya mengalakkan orang Islam berpuasa kerana hari ini 1 Jamadil Akhir yang disunatkan dalam Islam, diiringkan dengan solat Hajat dan berdoa.Mudah-mudahan dibuka hati kepada mereka yang berkenaan dan diberikan kepada mereka.Pada masa ini banyak perkara tidak boleh dibuat. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, namun pagi ini saya dilarang untuk bersalam.Hari ini macam-macam tidak boleh termasuk main belon.Di Penanti aman kerana BN tidak bertanding, pagi ini kami dihalang untuk berkumpul dan berucap.Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada rakan media, NGO dan semua pihak dalam membantu program kerajaan Pakatan Rakyat.Saya mengalu-alukan sesiapa ikut serta berdasarkan kemampuan masing-masing dan budaya serta agama sendiri.Generasi akan datang akan menyaksikan apa yang dilakukan oleh tuan-tuan.Saya mohon rakan media melaporkan berita secara baik dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Kita ada sikap terbuka dengan rakan media.dengan Kalimah nasrunminallah wafathun qarrib, saya merasmikan Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar.

NADWAH KEPIMPINAN BELIAWANIS

SUMBER DARI : Ustazah Chahayahatikami <dhieya_hatiku@yahoo.com>.

REBANA RT @ MANJUNG - MLM KHATAM QURAN ADIK ZIMA

MAJLIS PERKAHWINAN NURKHAIZATUL ZIMA & ISMAZUL IZWAN @ FASA 1A, SERI MANJUNG


ZIMA, SELAMAT BERBAHGIA!!

ZIMA DAN ANAK SAUDARA, NURSYA MIMI (belum berpunya?! ye ke?!)

JURUKAMERA PRO BER'POSING' MENGALAHKAN PENGANTIN
GRUP MARHABAN

ATAN DAN KAKLONG, ABG DAN KAKAK KPD ZIMA.
*ATAN @ ALKA (OM Blogger) masih 'available' untuk wanita/muslimah.

My POST